TEMERLOH: Pertandingan Pakaian Beragam Janda-Janda Temerloh yang dijadualkan berlangsung di Taman Tasik Chatin, Mentakab di sini pada Ahad ini, telah dibatalkan.
Wakil penganjur yang dikenali Uncle John berkata, pembatalan acara itu dilakukan selepas mendapat nasihat pihak berkuasa dan Ahli Parlimen Temerloh, Salamiah Mohd Nor.
Menurutnya, acara itu merupakan aktiviti selingan sempena jamuan raya yang akan diadakan pada hari terbabit.
"Sebenarnya dari awal, ia hanya acara suka-suka yang dirancang oleh kami dan hanya dimaklumkan dalam kumpulan kecil kami.
"Tidak sangka poster pertandingan ditularkan di media sosial dan terkejut apabila ramai yang berminat menyertai pertandingan ini," katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Dalam poster tersebut, penyertaan dibuka kepada peserta berumur 20 tahun ke atas.
Beliau juga berharap isu itu tidak berpanjangan dan melarat selepas pertandingan tersebut dibatalkan.
"Saya memohon maaf atas kesilapan dan kekhilafan yang dilakukan dalam perkara ini.
"Sudah tentu saya memahami bahawa isu ini bakal menjadi perkara sensitif dan boleh mencetuskan perasaan sensitiviti dalam kalangan masyarakat Islam di Temerloh dan di Pahang secara amnya.
"Saya dengan rasa rendah diri, sekali lagi memohon maaf atas kelemahan di pihak kami dalam perkara ini," ujarnya lagi.
Sementara itu, Salamiah kesal dengan penganjuran pertandingan itu dan telah membuat bantahan kepada pihak Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) Temerloh selain laporan polis pada Selasa.
"Saya telah menerima dan meneliti semua laporan yang telah sampai ke pejabat saya berkenaan dengan penularan satu acara yang dinamakan 'Pertandingan Pakaian Beragam Janda-Janda Daerah Temerloh'.
"Bertindak atas laporan tersebut, saya telah mengarahkan wakil Pusat Khidmat Ahli Parlimen Temerloh untuk terus menghubungi wakil penganjur berdasarkan nombor yang tertera di poster yang ditularkan.
"Saya telah menerima maklum balas daripada pihak penganjur yang memberikan komitmen untuk membatalkan acara ini dan hanya menjalankan acara rumah terbuka Aidilfitri sahaja," ujar beliau.
Dalam pada itu, Salamiah berharap perkara tersebut menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak dalam menganjurkan sebarang aktiviti selepas ini.
Tambahnya lagi, satu pemantauan akan dilakukan oleh pihaknya sendiri selain daripada pihak berkuasa pada hari tersebut untuk memastikan acara itu tidak diadakan pada hari terbabit. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Apr 17 2024
Poster pertandingan yang tular di media sosial.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Nahas Helikopter: Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
Pertandingan 'Pakaian Beragam Janda Temerloh' dibatalkan
Pertandingan Pakaian Beragam Janda-Janda Temerloh yang dijadualkan berlangsung di Taman Tasik Chatin, Mentakab di sini pada Ahad ini, telah dibatalkan.