KLANG: Semua pegawai di jabatan dan agensi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersiap sedia serta sentiasa memantau dari semasa ke semasa keadaan cuaca panas yang dijangka menjejaskan sektor pertanian negara.
Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata setakat ini keadaan stok pertanian negara masih terkawal dan pihaknya akan memastikan khususnya barangan keperluan harian mencukupi.
"Kita pantau keadaan itu dari semasa ke semasa. Ini memang kita pantau dalam bentuk harian. Pegawai kita antaranya di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) setiap masa pantau supaya stok ada dan mencukupi," katanya.
Mohamad berkata kementeriannya juga turut merangka pelan kecemasan sekiranya berlaku situasi kekurangan bekalan makanan berikutan situasi cuaca panas ketika ini.
"Kita sedia juga (ada pelan) kecemasan kalau perlu import (barangan pertanian) jika berlaku sebegitu rupa. Kita sudah ada tempat (dari mana nak diimport) kalau perlu buat dalam keadaan segera," katanya.
Terdahulu, Mohamad hari ini turut melancarkan Jualan Agro MADANI di bertempat di Kampung Johan Setia di sini dan jelasnya penganjuran program itu akan dilaksanakan di sembilan lokasi lain sekitar Selangor dan Kuala Lumpur selepas ini.
Katanya, Jualan Agro MADANI merupakan projek rintis berkonsepkan jualan pada harga berpatutan berfokuskan kepada pengguna yang memerlukan dan platform dalam menyediakan ketersediaan serta akses kepada pengguna dalam mendapatkan barangan keperluan seterusnya memberi ruang pasaran kepada usahawan.
"Melalui program ini, komoditi jualan diperluaskan meliputi produk segar dan barang kawalan dengan penjimatan 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran setempat bagi komoditi terpilih.
"Antara fokus lokasi melalui Jualan Agro MADANI adalah di outlet peruncitan agensi di bawah KPKM, Projek Perumahan Rakyat (PPR), kawasan perumahan, kawasan miskin bandar dan pinggir bandar," katanya.
Mohamad berkata sasaran nilai jualan bagi program berkenaan adalah sekitar RM150,000 bagi 10 kali penganjuran dan dijangkakan seramai 5,000 pengunjung akan hadir dengan menikmati penjimatan sejumlah RM45,000.
Katanya, pemakluman lokasi penganjuran seterusnya akan dilakukan di laman sosial rasmi milik Fama dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 16 2023
Mohamad berkata setakat ini keadaan stok pertanian negara masih terkawal dan pihaknya akan memastikan khususnya barangan keperluan harian mencukupi. - Gambar fail
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Mat Sabu agih durian kepada MP di Parlimen
Durian yang diberikan adalah hasil daripada petani tempatan dan simbolik kepada kualiti tinggi produk negara yang wajar dibanggakan.
Kerajaan fokus 91,000 hektar tanah terbiar untuk tanaman padi
Usaha tersebut termasuk memanfaatkan tanah terbiar di kawasan luar jelapang padi seperti di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Mohamad Sabu akur titah Sultan Selangor kekal nama UPM
Mohamad juga berkata beliau mengambil maklum keputusan Baginda Sultan dan mahu perkara itu tidak dipanjangkan lagi.
'Sebelum tukar nama, fahami sejarah dahulu' - Sultan Selangor
Baginda mengingatkan bahawa nama UPM diambil sempena Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.
Cadangan tukar nama UPM kepada nama asal akan dibawa ke Kabinet - Mohamad Sabu
Mohamad berkata beliau sendiri akan membawa cadangan itu ke Mesyuarat Kabinet tidak lama lagi, selepas mengambil kira keutamaan negara kini tertumpu kepada isu keterjaminan makanan.
Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.
KPKM sedang susun jawatankuasa khas tangani kekurangan beras putih tempatan - Mohamad Sabu
Satu jawatankuasa khas sedang disusun bagi mencari penyelesaian kepada isu kekurangan bekalan beras putih tempatan yang berlaku ketika ini.
Operasi, obligasi NAFAS tidak terjejas akibat penggantungan - Mohamad Sabu
Operasi dan obligasi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) kepada mana-mana pihak ketiga tidak terjejas berikutan penggantungan perlembagaan pertubuhan itu bermula 1 Nov lepas.
42 isu tadbir urus, tatakelola dikenal pasti dalam NAFAS - Mohamad Sabu
KPKM mengenal pasti 42 isu tadbir urus dan tatakelola dalam NAFAS yang didedahkan melalui Laporan Pengauditan Khas 2018.
KPKM usaha pastikan bekalan beras sentiasa ada di pasaran
Mohamad berkata ketika ini bekalan beras putih tempatan adalah sebanyak 56 peratus, dan dijangka mencukupi.