Penganalisis politik berpendapat isu pertikaian hukum hudud di antara Pas dan DAP tidak memberi banyak kesan terhadap pengundi.
Isu hukum hudud sekali lagi timbul apabila pemimpin Pas berkata mereka bertegas akan melaksanakan hukum tersebut sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negara.
Isu ini menjadi lebih hangat selepas dua pemimpin DAP, iaitu Timbalan Pengerusi DAP Johor Norman Fernandez dan ahli jawatan kuasa DAP Kedah, S.Neelamekan meminta pengundi agar tidak mengundi Pas pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) nanti.
Penganalisis dari Universiti Monash, Profesor James Chin berkata impak atau kesan dari isu tersebut adalah sedikit.
“Akan ada impak yang minima pada undian kerana di Johor dan Kedah, simbol parti adalah lebih kuat berbanding personaliti,” katanya.
Menurut Chin, melainkan ada personaliti besar seperti veteran DAP, Lim Kit Siang yang mengajak pengundi menolak Pas, ia tidak akan menjadi penentu undi yang besar.
Seorang lagi penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Shamsul Amri dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut sependapat dengan Chin.
Katanya peratus pengundi yang terkesan dari isu tersebut amatlah kecil kerana pengundi, terutamanya pengundi atas pagar tidak melihat isu ini sebagai penting.
Selain itu, Dr Shamsul juga berkata sokongan pengundi Cina sebenarnya adalah kepada Pakatan Rakyat dan bukannya DAP.
“Ia tentang Pakatan Rakyat, bukannya DAP. Selagi ia bukan Umno, mereka akan undi,” katanya.
Tambah Shamsul, jika terkesan sekalipun ia hanya akan melibatkan lima peratus pengundi di dalam negara.
Sementara itu, Profesor Madya Dr Mohd Fuad Jali juga dari UKM mempunyai pandangan yang berbeza.
Menurutnya, isu tersebut akan menyebabkan penyokong Pas tidak gembira dengan DAP dan begitu juga sebaliknya.
Ujar Mohd Fuad, kumpulan penyokong ini berkemungkinan akan memihak kepada calon bebas ataupun membuat undian rosak.
“Bila ada pertembungan satu lawan satu antara DAP atau Pas dengan BN, bangsa Melayu tidak akan mengundi DAP. Sebaliknya, yang bukan Melayu akan berasa takut dengan hudud dan mereka akan berasa tidak selesa dengan kemungkinan wujudnya dua undang-undang berasingan,” katanya.
“Sebanyak 50 hingga 60 peratus penyokong Pas akan berhenti mengundi calon DAP,” tambah Mohd Fuad.
Terdahulu, beberapa pemimpin Pas termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din dan Nik Mohd Amar Nik Abdullah bertegas mengatakan untuk tetap melaksanakan hukum hudud sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.
Pengerusi DAP, Karpal Singh turut bersuara, meminta ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendiriannya tentang agenda Pas.
-- oleh Haider Yutim dan Teoh El Sen
Astro Awani
Tue Apr 30 2013
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
SPRM nafi keluar kenyataan penemuan RM94 juta di kediaman bekas menteri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan membuat kenyataan yang mendakwa bahawa RM94 juta ditemui di kediaman bekas menteri.
'Serangan politik kotor, mahu lagakan kami dalam DAP' - Young Syefura
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menafikan rakaman suara yang tersebar dalam menerusi satu video di laman sosial Facebook seorang pemimpin parti pembangkang adalah diri beliau.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu.
Dr Akmal tampil beri keterangan kepada polis, tidak gentar diheret ke mahkamah
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin berkaitan laporan polis yang dibuat DAP Sarawak pada 12 Sept.
Steven Sim Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu
Bekas Naib Pengerusi DAP, Steven Sim Chee Keong menepati ramalan apabila dipilih menjadi Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu pada pemilihan parti itu hari ini.
Kon Yeow seru kepimpinan baharu DAP P.Pinang kekal bersatu, utama kepentingan parti dan rakyat
Beliau mengucapkan terima kasih kepada parti dan perwakilan atas sokongan selama 25 tahun, serta menekankan kejayaan DAP dalam meningkatkan jumlah cawangan dan sokongan rakyat.