awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertimbang bantu pelajar terkesan PdPR - Zulkifli

Bernama
Bernama
23/01/2021
14:21 MYT
Pertimbang bantu pelajar terkesan PdPR - Zulkifli
Zulkifli berkata pihaknya sedang merancang untuk membantu pelajar khususnya daripada golongan tidak berkemampuan yang terkesan dengan PdPR. - Gambar fail
SEREMBAN:Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata pihaknya sedang merancang untuk membantu pelajar khususnya daripada golongan tidak berkemampuan yang terkesan dengan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Tanpa memperincikan bentuk bantuan dirancang, beliau berkata bagaimanapun perkara itu perlu dilihat dengan teliti dan secara berfasa memandangkan ia melibatkan pelbagai kementerian lain.
"Saya memberi keyakinan penuh kepada Kementerian Pendidikan di samping saya juga telah mendengar banyak pandangan daripada pelbagai pihak, saya yakin apabila kita kolaborasi bersama semua agensi, kita akan melihat sudut yang lebih meluas lagi.
Kita akan cuba santuni sebaiknya mengikut kesesuaian kerana ia turut membabitkan masalah dari segi capaian internet, kemampuan tempat tersebut dan sebagainya.. insya-Allah kita akan cuba tengok," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke projek dewan makan Masjid Kariah, Taman Bandar Senawang, di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya telah membelanjakan lebih RM300,000 bagi bantuan banjir dan pasca banjir di 10 negeri termasuklah Pahang, Terengganu dan Kelantan bermula November tahun lepas sehingga ke hari ini melalui kerjasama pelbagai agensi.
Jelasnya, penglibatan dan kerjasama daripada sektor swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir juga amat menggalakkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PdPR
#Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
#Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
#golongan tidak berkemampuan
#Kementerian Pendidikan
#KPM
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan