awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
Kemelut Pas-Bersatu: Kepimpinan tanpa titik penyatuan, kuasa jadi rebutan - Ilham Centre
Team LZJ sahkan Yeoh Kay Bin letak jawatan sebagai ketua jurulatih
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertubuhan Kraf Malaysia dilantik anggota Badan penilai UNESCO

Bernama
Bernama
30/12/2025
12:49 MYT
Pertubuhan Kraf Malaysia dilantik anggota Badan penilai UNESCO
Pelantikan itu sebagai pengiktirafan antarabangsa terhadap peranan Malaysia dalam usaha memelihara dan memperkasa warisan budaya tidak ketara. - Foto: Malaysian Craft Council
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kraf Malaysia (MCC) mencatat sejarah apabila dipilih menganggotai Badan Penilai di bawah Konvensyen Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) 2003 bagi Perlindungan Warisan Budaya Tidak Ketara bagi tempoh 2026-2029.
MCC memenangi undian pada Sesi ke-20 Jawatankuasa Antara Kerajaan yang berlangsung di New Delhi, India baru-baru ini.
Presiden MCC Nik Faiz Nik Amin berkata, pelantikan itu sebagai pengiktirafan antarabangsa terhadap peranan Malaysia dalam usaha memelihara dan memperkasa warisan budaya tidak ketara.
"Oleh itu, setiap penglibatan MCC akan dilaksanakan secara telus dan berlandaskan garis panduan yang ditetapkan di bawah Konvensyen UNESCO 2003. Peranan ini (akan) dilaksanakan secara bebas dan profesional, selaras dengan prinsip ketelusan, keadilan serta integriti yang digariskan oleh UNESCO.
"MCC komited untuk melaksanakan tanggungjawab ini dengan penuh amanah serta terus menyumbang kepada usaha global dalam memastikan pemeliharaan dan kelangsungan warisan budaya tidak ketara untuk generasi akan datang," katanya ketika dihubungi Bernama.
Nik Faiz berkata penyertaan MCC dalam badan penilaian itu juga mencerminkan komitmen Malaysia dalam menyokong perlindungan warisan budaya tidak ketara dunia berasaskan komuniti dan kelestarian, sejajar pendekatan UNESCO yang menekankan kepentingan warisan sebagai amalan budaya yang terus hidup serta berkembang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota badan penilai
#Unesco
#majlis kraf malaysia
#mcc
#Nik Faiz Nik Amin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan