awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Pegawai Iran sahkan sebahagian tapak Fordow diserang dalam 'serangan udara musuh'
DUNIA
Aktivis pro-Palestin Mahmoud Khalil bebas, sedia perhebat misi perjuangan
DUNIA
Akaun Telegram Ali Khamenei kongsi amaran lama kepada AS di tengah ketegangan semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Pertubuhan masyarakat sivil rakan penting dalam usaha perkukuh perpaduan - Aaron

Bernama
Bernama
21/06/2025
20:00 MYT
Pertubuhan masyarakat sivil rakan penting dalam usaha perkukuh perpaduan - Aaron
Aaron berkata CSO melengkapi usaha kerajaan, khususnya dalam komuniti yang terpencil dan terpinggir. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pertubuhan masyarakat sivil (CSO) yang berpengaruh di peringkat akar umbi adalah rakan penting dalam membentuk Malaysia yang lebih harmoni dan bersatu padu dalam usaha memperkukuh perpaduan nasional.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata dalam mana-mana negara yang berbilang kaum, tanggungjawab untuk membina serta mengekalkan perpaduan tidak boleh diletakkan sepenuhnya di bahu kerajaan, sebaliknya memerlukan komitmen kolektif daripada semua lapisan masyarakat termasuk CSO.
Beliau berkata CSO memainkan peranan penting kerana mereka berada dekat dengan masyarakat, sekali gus dapat mengenal pasti tanda-tanda ketegangan sosial, salah faham budaya atau diskriminasi serta boleh campur tangan secara membina sebelum isu-isu berkenaan menjadi lebih parah sehingga mencetuskan perpecahan atau konflik.
"Tidak seperti agensi kerajaan yang beroperasi melalui struktur dan prosedur rasmi, CSO berinteraksi dengan komuniti secara lebih dekat, mudah diakses dan konsisten seperti di kawasan kejiranan, luar bandar dan penempatan bandar, malah sering menjadi titik sentuh pertama bagi individu yang berasa terpinggir," katanya ketika berucap pada Majlis Malam Muhibah 2025 anjuran The Pure Life Society di sini pada Sabtu.
Aaron berkata CSO penting sebagai suara yang dipercayai dan neutral serta menjadi jambatan yang berwibawa antara pelbagai komuniti, terutamanya dalam perbincangan berkaitan kaum, agama dan identiti yang boleh menjadi isu sensitif atau dipolitikkan.
"Apabila CSO menyuarakan keperluan untuk saling memahami dan menghormati, mereka sering melakukannya dengan kewibawaan moral hasil daripada kerja-kerja komuniti di luar kerangka kepartian yang telah dilaksanakan selama bertahun-tahun.
"Kepercayaan ini membolehkan mereka menghimpunkan pihak-pihak berbeza, menggalakkan dialog yang sukar tetapi perlu, serta menjadi perantara apabila berlaku perselisihan," katanya.
Beliau berkata CSO melengkapi usaha kerajaan, khususnya dalam komuniti yang terpencil dan terpinggir.
Aaron berkata keupayaan mereka untuk menjangkau golongan yang dipinggirkan memastikan mesej perpaduan bukan sekadar mendapat perhatian dalam pembuatan dasar, tetapi turut dihayati dalam kehidupan seharian.
"Ringkasnya, pertubuhan masyarakat sivil memainkan peranan penting kepada perpaduan negara di peringkat akar umbi.
"Mereka mengangkat suara rakyat, membina hubungan, mewujudkan ruang selamat untuk dialog dan memastikan kita berpegang kepada nilai-nilai kebangsaan. Usaha mereka mungkin tidak selalu mendapat liputan media, namun impaknya sangat besar dan berkekalan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pertubuhan masyarakat sivil
#CSO
#perpaduan
#Aaron Ago Dagang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami