awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertukaran tarikh Majlis Tilawah al-Quran bukan perkara baru

Bernama
Bernama
04/04/2024
13:41 MYT
Pertukaran tarikh Majlis Tilawah al-Quran bukan perkara baru
Zulkifli berkata malangnya, ada pihak cuba mensensasikan perkara ini hingga menimbulkan persepsi yang tidak baik kepada kerajaan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pertukaran tarikh bagi Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa bukan perkara baharu dan pernah berlaku beberapa tahun lepas.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata malangnya, ada pihak cuba mensensasikan perkara ini hingga menimbulkan persepsi yang tidak baik kepada kerajaan.
"Tilawah al-Quran diadakan setiap tahun dan menjadi satu program besar di peringkat negara. Dari semasa ke semasa kita perkukuhkan lagi penganjuran tilawah dalam pelbagai bentuk," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program World #QuranHour 2024 di Masjid Negara hari ini.
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, berkenan berangkat ke program itu.
Semalam, Zulkifli berkata dakwaan kononnya pertandingan tilawah al-Quran tidak dianjurkan di Malaysia pada tahun ini, adalah tidak benar.
Beliau dilapor berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menetapkan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 23 hingga 28 Mei ini di Kuantan, Pahang manakala Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa pada 5 hingga 12 Okt.
Kenyataan itu susulan dakwaan yang tular di media sosial terutamanya di Facebook dan Twitter, kononnya Malaysia tidak lagi menganjurkan pertandingan tilawah al-Quran dan hanya fokus kepada penganjuran konsert.
Mengulas kenyataan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang memaklumkan pihaknya mengesan satu hantaran mesej tersusun memburukkan kerajaan, dengan mendakwa tiada pertandingan tilawah al-Quran tahun ini, Zulkifli berkata ruang perlu diberikan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat perkara itu.
"Kami akan terus berikan kefahaman supaya kita dapat pentingkan perpaduan dan hormati satu sama lain," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Masjid Negara
#World QuranHour 2024
#tilawah al-quran
#JAKIM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan