awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Jangan lakukan pembakaran terbuka, elak risiko - Bomba
Pahang dipilih destinasi utama pelancongan alam semula jadi - Tinjauan
Pertumbuhan KDNK Malaysia 2025 sebanyak 4.9 peratus seiring dengan unjuran - MBSB IB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertumbuhan ekonomi Malaysia terpantas dalam ASEAN, kestabilan politik penting - Khairy

Bernama
Bernama
13/11/2022
08:23 MYT
Pertumbuhan ekonomi Malaysia terpantas dalam ASEAN, kestabilan politik penting - Khairy
Khairy berkata, pada masa yang sama Malaysia terus membina daya tahan untuk menghadapi cabaran global yang kuat. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi terpantas dalam kalangan enam negara ASEAN pada suku ketiga dan juga bagi sembilan bulan pertama tahun ini, dan pada masa yang sama negara terus membina daya tahan untuk menghadapi cabaran global yang kuat, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
"Dipermudahkan oleh langkah-langkah tegas dalam peralihan ke fasa endemik, kita sedang membina daya tahan untuk menghadapi cabaran global yang kuat.
"Kestabilan politik adalah penting menjelang pilihan raya pada 19 Nov," kata Khairy dalam catatan terbarunya di laman sosial Twitter.
Memetik data daripada pelbagai sumber di ASEAN, beliau menyatakan bahawa Malaysia mencatatkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang memberangsangkan iaitu 14.2 peratus pada suku ketiga.
Menurut carta yang digunakan beliau dalam catatan Twitter yang sama, purata pertumbuhan KDNK sembilan bulan Malaysia iaitu pada 9.36 peratus juga merupakan yang tertinggi di rantau ini, mendahului Vietnam di tempat kedua pada 8.8 peratus.
KDNK Vietnam meningkat 13.67 peratus pada suku ketiga, diikuti Filipina (7.6 peratus), Indonesia (5.72 peratus) dan Singapura (4.4 peratus).
Bagaimanapun, Thailand masih belum mengumumkan prestasi ekonomi suku ketiganya.
Pada suku kedua, ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 8.9 peratus, mendahului enam negara ASEAN yang lain.
Vietnam mencatatkan pengembangan 7.72 peratus pada suku kedua, Filipina (7.5 peratus), Indonesia (5.44 peratus), Singapura (4.4 peratus) dan Thailand (2.5 peratus).
Rakyat Malaysia akan membuang undi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 Nov.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#pertumbuhan ekonomi terpantas
#ASEAN
#Khairy Jamaluddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan