awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertumbuhan ekonomi pesat beri kesan positif kepada kutipan cukai

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
13/03/2018
09:25 MYT
Pertumbuhan ekonomi pesat beri kesan positif kepada kutipan cukai
Peranan media dalam meningkatkan dan memupuk tahap kesedaran golongan pembayar cukai di negara ini. - Foto Astro AWANI/Ruzaini Zulkepli
Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang pesat memberi kesan positif kepada kutipan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada tahun 2017.
Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Sabin Samitah berkata kejayaan yang dikecapi agensi kerajaan itu pada tahun lepas juga menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan berbanding tahun 2016.
"Pertumbuhan ekonomi yang memberansangkan pada tahun 2017 menyaksikan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.9 peratus.
"Ini melepasi sasaran asal Bank Dunia yang menetapkan 4.2 peratus dan sekali gus kesan positif ini telah memberi impak kepada kutipan hasil negara kita," katanya ketika berucap dalam Majlis Mesra LHDNM bersama Media Sabah 2018 di Kota Kinabalu, hari ini.
Sabin turut mengiktiraf peranan media dalam meningkatkan dan memupuk tahap kesedaran golongan pembayar cukai di negara ini.
Beliau berkata sokongan berterusan pihak media melalui laporan dan publisiti memainkan peranan penting dalam menerapkan kesedaran kepada orang ramai mengenai kewajipan membayar cukai.
Terdahulu, beliau turut melancarkan 'Quick Response Code' (QR Code) yang merupakan satu inisiatif terbaharu bagi memudahkan orang ramai mendapatkan percukaian dengan pantas.
Menurut Sabin, pengenalan kemudahan itu merupakan langkah LHDNM ke arah transformasi digital urusan cukai selaras dengan hasrat LHDM dan kerajaan yang ingin menjadikan urusan percukaian lebih mudah dan mesra pengguna.
Turut hadir sama dalam majlis ini Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) LHDNM, Mahmood Daud dan Pengarah LHDNM Negeri Sabah, Suhaili Sudin.
Topic Berkaitan
#Bank Dunia
#ekonomi
#KDNK
#kutipan cukai
#LHDN
#memberangsangkan
#pesat
#QR Code
#Sabin Samitah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan