KUALA LUMPUR: Perubahan kepimpinan United Kingdom (UK) dilihat tidak akan memberi sebarang kesan kepada dasar luar negara itu dalam hubungan dengan Malaysia, kata geostrategis Prof Azmi Hassan.
Beliau ketika dihubungi Bernama berkata jangkaan itu adalah berdasarkan tidak ada isu yang mendadak di antara London dan Kuala Lumpur dari segi ekonomi dan geopolitik selama ini.
"Kecuali dalam isu Palestin, kalau dilihat Perdana Menteri Rishi Sunak sebelum ini tidak mahu mengiktiraf negara Palestin yang merdeka manakala Ketua Parti Buruh Keir Starmer pernah berkata akan mengiktiraf Palestin. Bagaimanapun tidak tahu bila pengiktirafan ini akan dibuat," katanya.
Menurut Azmi memandangkan isu Palestine sangat dekat dengan Malaysia , ada kemungkinan UK yang lebih mesra Palestin dapat dilihat selepas ini," katanya.
Mengenai perjanjian pertahanan tiga pihak di antara Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat atau AUKUS yang dikatakan boleh mengganggu gugat kestabilan di Indo-Pasifik termasuk rantau ASEAN, Starmer pernah mengatakan tidak akan ada perubahan dalam perjanjian itu.
Ini bermakna UK akan memberi kerjasama dalam hubungan luar di antara London dan Kuala Lumpur, katanya.
Terdahulu hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Starmer dan Parti Buruh Britain atas kemenangan besar mereka dalam Pilihan Raya Umum United Kingdom.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau berharap dapat bekerjasama dengan Starmer dan pasukannya untuk membangunkan hubungan strategik baharu, dibina atas keterangkuman, kesaksamaan, saling menghormati, hubungan rakyat dengan rakyat dan visi bersama untuk masa depan.
Perdana Menteri menyifatkan perkongsian antara Malaysia dan Britain setakat ini adalah sesuatu yang berkekalan, terjalin menerusi sejarah panjang dan diperkukuh oleh ikatan persaudaraan yang erat.
Menurut Agensi Berita Xinhua, Parti Buruh yang diketuai oleh Starmer telah memenangi majoriti langsung di Dewan Rakyat Parlimen Britain, menurut pengiraan kerusi oleh Sky News.
Dengan keputusan 467 daripada 650 kerusi parlimen telah diumumkan, parti Buruh memenangi 326, kata Sky News awal Jumaat, seperti yang dipetik oleh agensi berita itu.
Starmer dalam satu hantaran di Facebook berikutan kemenangannya berkata: "Kami telah menerima mandat. Ini adalah tujuan parti ini (Parti Buruh) dan kerajaan ini.
Hari ini kami memulakan bab seterusnya, memulakan kerja-kerja perubahan, misi pembaharuan semula nasional dan mula membina semula negara kita,"katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 05 2024
Perubahan kepimpinan UK dilihat tidak akan memberi sebarang kesan kepada dasar luar negara itu dalam hubungan dengan Malaysia. - Gambar fail/REUTERS
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Perubahan kepimpinan UK tidak beri kesan kepada hubungan dengan Malaysia - Geostrategis
Perubahan kepimpinan United Kingdom (UK) dilihat tidak akan memberi sebarang kesan kepada dasar luar negara itu dalam hubungan dengan Malaysia, kata geostrategis Prof Dr Azmi Hassan.