Skip to main content

Malaysia

Perubahan waktu operasi kaunter LHDN sempena Ramadan

41744089441_LHDN.jpg

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) hari ini memaklumkan perubahan waktu operasi kaunter dan perkhidmatan di seluruh negara sempena bulan Ramadan 2026/1447H, berkuat kuasa 19 Feb hingga 20 Mac 2026.

Perubahan waktu operasi ini melibatkan Kaunter Khidmat Rundingan, Pejabat Satelit, Kaunter Duti Setem, HASiL Contact Centre (HCC), Pusat Pengurusan Terimaan HASiL (PPTH), serta Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Advertisement

HASiL menasihatkan orang ramai merancang urusan awal dan mengatur lawatan kaunter berdasarkan jadual baharu ini.

Pembayar cukai juga digalakkan menggunakan perkhidmatan dalam talian melalui portal MyTax di  https://mytax.hasil.gov.my/

LHDN percaya penyesuaian waktu operasi ini akan memberikan nilai tambah dari segi keselesaan pelanggan serta meningkatkan tahap kepuasan terhadap perkhidmatan percukaian negara.

 

Image
Sumber: HASiL

 

 

Image
Sumber: HASiL

Must Watch Video