awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perumahan tidak terjejas berhampiran tanah runtuh di Puchong masih selamat dihuni - Polis

Bernama
Bernama
19/12/2023
15:44 MYT
Perumahan tidak terjejas berhampiran tanah runtuh di Puchong masih selamat dihuni - Polis
ACP A.A. Anbalagan berkata penduduk tidak perlu bimbang kerana struktur tanah runtuh itu tidak akan sampai ke kawasan lain. - Bernama
PUCHONG: Polis mengesahkan kawasan perumahan yang tidak terjejas berhampiran tanah runtuh di Jalan Wawasan, Taman Wawasan di sini masih selamat dihuni.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A. Anbalagan berkata penduduk tidak perlu bimbang kerana struktur tanah runtuh itu tidak akan sampai ke kawasan lain.
"Jadi kalau kita rasakan kawasan ini tidak selamat (berdasarkan) laporan daripada jabatan yang berkaitan, kita akan maklumkan kepada penduduk," katanya kepada pemberita di Pos Kawalan Tempat Kejadian hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kebimbangan penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran tanah runtuh itu.
Selain itu, Anbalagan berkata kerja-kerja penanaman cerucuk besi masih giat dilakukan di kawasan terbabit mengikut kesesuaian dan kedalaman cerun tanah runtuh.
"Kontraktor menggunakan dua saiz cerucuk besi yang berbeza iaitu sembilan meter serta 12 meter mengikut keperluan kerana ada kawasan hanya perlukan sembilan meter dan ada yang memerlukan cerucuk besi bersaiz 12 meter," katanya.
Beliau turut memaklumkan setakat petang tadi, sebanyak 74 cerucuk besi telah dipasang di sekitar kawasan tanah runtuh itu.
Susulan itu, Anbalagan berkata agensi-agensi yang terlibat juga sedang menjalankan tugas mereka bagi mengatasi isu saliran air.
"Jabatan Kerja Raya (Bahagian Cerun Dan Forensik) dan MBSJ (Majlis Bandaraya Subang Jaya) sedang menjalankan kerja-kerja mencari (jalan) bagaimana saliran air di belakang kawasan runtuhan ini dapat mengalir ke saluran asal hingga ke sungai," katanya.
Sementara itu, tinjauan Bernama di lokasi mendapati kerja-kerja pemasangan cerucuk besi dijalankan secara berperingkat.
Pada Sabtu lepas, seramai 29 penghuni sembilan rumah teres di Taman Wawasan Puchong diarah berpindah atas faktor keselamatan berikutan kejadian tanah runtuh berhampiran kediaman mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#Puchong
#perumahan
#keselamatan
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan