awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peruntukan Penjana RM102 juta bantu Armalah, OKU

Bernama
Bernama
21/06/2020
20:23 MYT
Peruntukan Penjana RM102 juta bantu Armalah, OKU
Sebanyak RM102 juta peruntukan yang diluluskan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) akan diagihkan dalam masa terdekat kepada armalah dan orang kurang upaya (OKU). - Astro AWANI
Sebanyak RM102 juta peruntukan yang diluluskan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) akan diagihkan dalam masa terdekat kepada armalah dan orang kelainan upaya (OKU), kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.
Siti Zailah berkata, RM45 juta daripada peruntukan itu akan diagihkan kepada armalah iaitu ibu tunggal, manakala RM57 juta pula bagi bantuan tambahan kepada OKU.
"Bagi permohonan untuk armalah, mereka perlu berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Wanita dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, manakala OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerim bantuan 'one-off' RM300 seorang.
"Permohonan bantuan yang diberikan kepada dua golongan sasar ini adalah kali pertama diluluskan yang dapat membantu mengurangkan beban armalah yang difokuskan kepada mereka yang menjadi ketua keluarga selepas kematian atau berpisah dengan suami selain mempunyai bilangan anak yang ramai," katanya selepas mengadakan lawatan kerja di Pusat Latihan Armalah Wanita OKU dan Armalah di Bazar Siti Aisyah, Jalan Buluh Kubu pada Ahad.
Pada masa ini, kementerian bersama syarikat korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) mengambil inisiatif mewujudkan Yayasan Pembangunan OKU Malaysia yang berfungsi sebagai satu platform bagi membantu golongan istimewa itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ekonomi
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#jkm
#keluarga
#kerajaan
#NGO
#OKU
#Pelan Jana Semula Ekonomi Negara
#PENJANA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan