Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi bahawa kerajaan telah meluluskan peruntukan RM1 bilion untuk meningkatkan produktiviti padi di Kedah secara berterusan.
- Peruntukan ini adalah sebahagian daripada Belanjawan 2025 untuk membangunkan infrastruktur bagi projek penanaman padi lima kali dalam dua tahun secara berfasa di Kawasan Muda, Kedah.
- Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mencadangkan bayaran RM200 juta setahun sebagai insentif khas untuk mengekalkan kawasan jelapang padi negeri itu.
"Kita bagi RM1 bilion dan ia adalah berterusan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri Kementerian Kesihatan di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah semalam berhubung tuntutan bayaran RM200 juta setahun daripada Kerajaan Persekutuan sebagai insentif khas negeri itu mengekalkan kawasan jelapang padinya.
Peruntukan itu sebelum ini diumum oleh Anwar dalam Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada 18 Okt tahun lepas bagi membangunkan infrastruktur untuk menyokong projek penanaman padi lima kali dalam tempoh dua tahun secara berfasa di Kawasan Muda, Kedah yang dilancarkan beliau pada 27 Feb lepas.
Ia merupakan sebahagian daripada peruntukan RM5.376 bilion yang diumumkan Perdana Menteri bagi meningkatkan produktiviti padi negara secara keseluruhan.
-- BERNAMA
