awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Putin tegaskan penubuhan negara Palestin sebagai perkara prinsip
NRES tidak kompromi rasuah, sedia beri kerjasama kepada SPRM - Arthur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peruntukan RM12 juta laksana Kempen Kelantanku Bersih 2026

Bernama
Bernama
08/12/2025
13:48 MYT
Peruntukan RM12 juta laksana Kempen Kelantanku Bersih 2026
Mohamed Fadzli berkata, peruntukan itu diagihkan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan berharap akan dimanfaatkan secara berkesan. - Bernama
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memperuntukkan RM12 juta bagi merancakkan pelaksanaan Kempen Kelantanku Bersih pada 2026, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
Beliau berkata peruntukan itu diagihkan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan berharap akan dimanfaatkan secara berkesan melalui perancangan teliti untuk memberi impak tinggi kepada rakyat.
"Program Kelantanku Bersih bukan sekadar slogan, ia identiti baharu negeri. Kita mahu Kelantan menjadi negeri yang bersih dari aspek integriti pentadbiran, persekitaran fizikal, amalan hidup rakyat dan nilai spiritual," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Kelantanku Bersih 2025 di sini hari ini.
Mohamed Fadzli berkata aspek kebersihan tidak boleh hanya dibincangkan di meja mesyuarat sebaliknya mesti dilaksanakan di lapangan termasuk di pasar, kawasan perumahan, taman, kampung dan pekan.
Pada masa sama, beliau mengumumkan pengagihan Improvement Service Fund berjumlah RM5.29 juta kepada semua 12 PBT negeri itu bagi menaik taraf kemudahan awam dan infrastruktur asas.
Beliau berkata dana itu perlu digunakan secara telus, amanah dan strategik supaya rakyat menerima perkhidmatan terbaik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kempen
#kelantan bersih
#Mohamed Fadzli Hassan
#peruntukan
#pbt
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan