Sebanyak RM150 juta diperuntukkan bagi membangunkan sistem Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) di Kelantan, Terengganu dan Pahang yang dijangka siap pada penghujung tahun depan, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Wan Junaidi berkata sistem berkenaan mampu memberi ramalan antara tempoh dua hingga tujuh hari sebelum banjir berlaku di sesuatu kawasan.
"Sistem yang akan siap sepenuhnya pada penghujung 2017 ini akan memberi maklumat awal kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan agensi berkenaan akan menyebar luas maklumat tersebut kepada agensi penyelamat yang lain sebagai persediaan menghadapi banjir.
"Sistem ini dibangunkan selepas Kelantan, Terengganu dan Pahang terjejas dengan banjir besar pada 2014 lalu," katanya selepas menghadiri Program Kerjasama Strategik Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bersama Pemimpin Tempatan Persekutuan Kelantan di sini, hari ini.
Program yang dihadiri kira-kira 200 pemimpin tempatan itu turut disertai Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Hamim Samuri.
Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata pihaknya juga akan memperluas PRAB ke Johor, Melaka, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak yang melibatkan kos tambahan sebanyak RM400 juta.
Beliau berkata PRAB akan dibina di negeri-negeri terbabit secara berperingkat selepas ia siap dilaksanakan di Kelantan, Terengganu dan Pahang terlebih dahulu.
Mengulas mengenai Pensijilan Kayu-Kayan Unit Pengurusan Hutan (FMU) Kelantan di bawah Malaysian Timber Certification Scheme (MCTS) yang ditarik balik pada 23 Nov kerana kawasan penubuhan ladang hutan tidak mematuhi Standard Malaysia Certificate and Indicator (Natural Forest), Wan Junaidi berkata ia akan memberi impak negatif terhadap kayu balak yang dikeluarkan oleh negeri ini.
"Jika tiada pensijilan ini, kayu balak yang dikeluarkan dari Kelantan tidak mempunyai nilai yang tinggi serta tidak akan diterima masuk ke negara-negara maju seperti Eropah, Australia, Amerika Syarikat dan Jepun, ia hanya akan berakhir di tapak-tapak pembinaan di Arab Saudi atau China sahaja.
"Dulu kita dah beri pensijilan tapi ditarik balik kerana kerajaan negeri tak kawal selia pembalakan dengan sebaik mungkin, namun jika mereka mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti pemotongan balak yang betul, kita akan beri balik sijil tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 18 2016
WAN JUNAIDI: Sebanyak RM150 juta diperuntukkan bagi membangunkan sistem PRAB di Kelantan, Terengganu dan Pahang yang dijangka siap pada penghujung tahun depan. - Gambar fail
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Peruntukan RM150 juta bina program ramalan dan amaran banjir - Wan Junaidi
Sebanyak RM150 juta diperuntukkan bagi membangunkan sistem PRAB di Kelantan, Terengganu dan Pahang yang dijangka siap pada penghujung tahun depan, kata Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.