Perusahaan madu kelulut Madrasah Tahfiz Taufiqillah jana pendapatan, jadi medium pembelajaran keusahawanan

Pusat tahfiz berkenaan menerima kunjungan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang berkenan berangkat meninjau ladang kelulut terbabit. - Gambar/ Bernama
JITRA: Ternakan kelulut bagi menghasilkan madu asli di Madrasah Tahfiz Taufiqillah di sini, bukan sahaja dapat menampung sebahagian perbelanjaan institusi itu tetapi juga menjadi medium pembelajaran keusahawanan dan kemahiran kepada pelajarnya.
Ringkasan AI
- Ternakan kelulut di Madrasah Tahfiz Taufiqillah memberi pendapatan tambahan dan peluang pembelajaran keusahawanan kepada pelajar.
- Produk madu kelulut dihasilkan sepenuhnya dari ladang kelulut milik madrasah sejak 2015.
- Penglibatan pelajar dalam ternakan kelulut melahirkan graduan tahfiz yang mahir dalam ilmu agama dan keusahawanan.
"Dari situ dapat ilham untuk menjana pendapatan sendiri, selain sumbangan infaq daripada pelbagai pihak. Modal untuk memulakan ternakan kelulut ini diperoleh daripada badan zakat," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata perusahaan itu secara tidak langsung memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang pengurusan penternakan kelulut, termasuk teknik penjagaan koloni, proses penyedutan madu serta penghasilan produk hiliran berasaskan sumber semula jadi.
Auzaid berkata penglibatan pelajar dalam aktiviti itu berjaya melahirkan graduan tahfiz yang bukan sahaja menguasai ilmu agama, malah mempunyai kemahiran keusahawanan sebagai nilai tambah dalam kehidupan mereka.
Tambah beliau madu kelulut dipercayai mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan dan produk keluaran pusat pengajian itu boleh dibeli secara dalam talian di platform e-dagang atau boleh terus datang ke madrasah tersebut.
Terdahulu, pusat tahfiz berkenaan menerima kunjungan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang berkenan berangkat meninjau ladang kelulut tersebut serta merasai kemanisan madu terus daripada sarangnya.
Terdapat lebih 200 sarang kelulut yang mampu menghasilkan antara 200 hingga 300 kilogram madu asli setahun dan dijual pada harga RM180 sekilogram atau RM30 bagi 120 gram.
Selain madu kelulut, pusat tahfiz yang mempunyai lebih 60 pelajar dengan lima tenaga pengajar itu kini sedang meneroka bidang baharu iaitu perusahaan baja pokok bagi meningkatkan pendapatan.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apa yang membuat ternakan kelulut di Madrasah Tahfiz Taufiqillah berbeza dan penting? A: Ternakan kelulut memberi pendapatan tambahan kepada madrasah dan memberikan peluang pembelajaran keusahawanan kepada pelajar.
- Q: Bagaimana madu kelulut dihasilkan di Madrasah Tahfiz Taufiqillah? A: Produk madu kelulut dihasilkan sepenuhnya dari ladang kelulut milik madrasah sejak tahun 2015.
- Q: Apa faedah penglibatan pelajar dalam ternakan kelulut di madrasah? A: Penglibatan pelajar dalam ternakan kelulut melahirkan graduan tahfiz yang mahir dalam ilmu agama dan keusahawanan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

