BENTONG: Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan melancarkan pes asam pedas dan rendang betawi yang dihasilkan penghuni penjara inspirasi daripada buku resipi 'Air Tangan Tengku Ampuan Pahang'.
Tunku Azizah ketika bertitah menzahirkan penghargaan kepada penghuni penjara yang mencuba resipi daripada buku masakan baginda dan bersedia untuk berkongsi pelbagai resipi lain di masa akan datang.
"Terima kasih kerana mencuba resipi daripada buku masakan saya dan menjual produk itu. Saya terima mereka (penghuni penjara) sebagai kawan untuk mengajar, sebelum ini saya dah kongsi enam resipi biskut dan semalam enam lagi selain kek coklat 'marble'.
"Ada banyak lagi yang boleh dipelajari ketika berada di dalam penjara antaranya belajar menenun," titah baginda yang merupakan Penaung Diraja Seni dan Kraf Jabatan Penjara.
Baginda bertitah demikian selepas melancarkan pes asam pedas dan rendang betawi di Pusat Vokasional Industri Bentong, Kompleks Penjara Bentong di sini, yang turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pengarah Penjara Datuk Nordin Muhamad.
Penyedian pes asam pedas dan rendang betawi melibatkan lima staf serta lebih 30 penghuni yang sedang mengikuti Program Pembangunan Insan (PPI) Fasa Tiga dan dipilih berdasarkan kebolehan serta kreativiti masing-masing.
Selain itu, pes makanan ini juga mematuhi standard piawaian daripada Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Pes berkenaan setakat ini boleh didapati di Galeri Jualan My Pride dan Koperasi Jabatan Penjara Malaysia pada harga RM7 bagi pek 150 gram.
Pada majlis itu, baginda turut berkenan meluangkan masa melawat bengkel tenun Penjara Bentong.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 07 2023
Raja Permaisuri Agong selepas berkenan menyempurnakan pelancaran pes asam pedas dan rendang betawi di Pusat Vokasional Industri Bentong, Kompleks Penjara Bentong hari ini. - Foto BERNAMA
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Pes masakan inspirasi resipi 'Air Tangan Tengku Ampuan Pahang' dilancar
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melancarkan pes asam pedas dan rendang betawi yang dihasilkan penghuni penjara.