awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesakit COVID-19 lari dari Hospital Lahad Datu

Astro Awani
Astro Awani
07/09/2021
09:00 MYT
Pesakit COVID-19 lari dari Hospital Lahad Datu
Polis sedang mengesan suspek dan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan
LAHAD DATU: Seorang pesakit yang disahkan positif COVID-19 melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Lahad Datu, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.07 petang itu, suspek telah menerima rawatan di Jabatan Kecemasan hospital berkenaan setelah mengadu demam dan hilang deria rasa.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, hasil ujian saringan yang telah dijalankan mendapati suspek positif COVID-19.
Bagaimanapun, lelaki tempatan berumur 30 tahun itu dilaporkan menghilangkan diri semasa proses dokumentasi dijalankan.
“Polis menerima laporan daripada pegawai perubatan mengenai kejadian tersebut dan usaha giat dijalankan bagi mengesan suspek berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.
Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan yang boleh hukum penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
“Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.
Dalam pada itu, Rohan berkata, polis sedang mengesan lelaki dikenali sebagai Firdaus Abdul Halim, 30, untuk membantu siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membuat laporan.
Topic Berkaitan
#pesakit COVID-19
#Hospital Lahad Datu
#melarikan diri
#Rohan Shah Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan