awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesakit kanser di Selangor boleh mohon pembiayaan sehingga RM5,000

Bernama
Bernama
27/07/2022
04:43 MYT
Pesakit kanser di Selangor boleh mohon pembiayaan sehingga RM5,000
Antara syarat kelayakan bagi mendapatkan bantuan pembiayaan BSS adalah pemohon lahir di negeri ini atau bermastautin melebihi 10 tahun.- BERNAMA
SHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dimaklumkan hari ini bahawa pesakit kanser di negeri itu boleh mendapatkan bantuan pembiayaan rawatan sehingga RM5,000 menerusi program Bantuan Sihat Selangor (BSS).
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal negeri Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata pembiayaan itu juga termasuk pembedahan dengan had jumlah pembiayaan RM5,000 bagi setiap kali permohonan.
"Inisiatif adalah bagi membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan rawatan perubatan yang cepat dan berkualiti. Individu yang memenuhi syarat kelayakan boleh mengemukakan permohonan dengan melayari laman sesawang http://bantuansihat.selangor.gov.my," katanya ketika menjawab pertanyaan Leong Tuck Chee (PH-Pandamaran) berhubung bantuan kewangan bagi pesakit kanser, di Persidangan DUN Selangor hari ini.
Mohd Zawawi menjawab soalan itu sebagai mewakili Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud.
Antara syarat kelayakan bagi mendapatkan bantuan pembiayaan BSS adalah pemohon lahir di negeri ini atau bermastautin melebihi 10 tahun; pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000; perlu mengemukakan salinan surat kelulusan Bantuan Sara Hidup (BSH) dari Kementerian Kewangan Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesakit kanser
#DUN Selangor
#Bantuan Sihat Selangor
#Mohd Zawawi Ahmad Mughni
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan