awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jaringan penalti Salah bantu Mesir tewaskan Afrika Selatan 1-0, walau beraksi dengan 10 pemain
Majlis Belia cadang gaji permulaan graduan ijazah RM3,500 dikaji kerajaan
Tengku Hazman tekad pulihkan reputasi TFC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesakit kanser maut dipercayai terjun bangunan HTAA - Polis

Bernama
Bernama
20/12/2020
12:13 MYT
Pesakit kanser maut dipercayai terjun bangunan HTAA - Polis
Pesakit itu difahamkan menjalani rawatan di HTAA sejak Rabu lalu. - Gambar fail
KUANTAN:Seorang pesakit kanser ditemukan maut berhampiran lobi utama Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini, dipercayai akibat terjun daripada tingkat empat bangunan hospital tersebut.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata, pesakit berusia 55 tahun yang ditemukan pada 2.25 pagi dalam keadaan meniarap dan berlumuran darah, difahamkan menjalani rawatan di HTAA sejak Rabu lalu.
"Isteri si mati mendakwa suaminya menghidap kanser tiroid tahap empat sejak setahun lalu dan sering ke HTAA bagi menjalani rawatan kemoterapi. Si mati juga difahamkan ada mengadu sakit kepala yang teruk sejak beberapa hari lalu.
"Setakat ini, kita percaya si mati terjun daripada bangunan hospital berdasarkan kepada penemuan dahan dan ranting patah yang melekat di badannya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohamad Noor berkata mayat si mati yang berasal dari Sri Jaya, Maran dekat sini, dihantar ke Jabatan Forensik HTAA untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesakit kanser
#Hospital Tengku Ampuan Afzan
#HTAA
#Ketua Polis Daerah Kuantan
#mayat
#Mohamad Noor Yusof Ali
#jatuh bangunan
#menghidap kanser
#Kuantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan