Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata individu yang melakukan rasuah mesti dihukum tetapi beliau berpendapat ia belum mencapai tahap di Malaysia pesalah rasuah harus dihukum penjara seumur hidup.
"Mereka (individu yang melakukan rasuah) mungkin di penjara, berapa lama mereka dipenjarakan bergantung pada tahap kesalahan rasuah, dan saya fikir tahap rasuah yang berbeza memerlukan hukuman yang berbeza. Tetapi kami belum mencapai tahap bagi hukuman penjara seumur hidup," katanya.
Dr Mahathir menjawab soalan sama ada beliau menyokong hukuman mati bagi pemimpin yang melakukan rasuah selepas beliau menyampaikan syarahan bertajuk 'Cabaran Tadbir Urus Yang Baik Dalam Negara Islam' pada Isnin di Pusat Pengajian Islam Oxford di Universiti Oxford.
Individu yang didapati bersalah melakukan rasuah oleh mahkamah di Malaysia akan dihukum penjara, katanya dan menambah bahawa di sesetengah negara pesalah rasuah ditembak mati tetapi ia tidak akan menyelesaikan masalah itu.
Dalam syarahannya, yang menyentuh mengenai negara Islam dan sistem demokrasi, Dr Mahathir berkata negara Islam yang mengamalkan sistem demokrasi perlu lebih banyak masa untuk memahami pelaksanaan demokrasi.
"Sekiranya anda tidak memahami bahawa dalam demokrasi undi paling berkuasa, jadi anda tidak perlu mengamalkan sistem demokrasi," katanya, sambil menambah di beberapa negara Islam, mereka lebih selesa dengan sistem monarki.
Di sesetengah negara Islam, peralihan kepada sistem demokrasi telah membawa bencana terhadap negara-negara berkenaan, katanya.
"Setiap kali mereka cuba laksanakan sistem demokrasi, akan ada pertempuran antara mereka dan negara itu hampir musnah," katanya.
BACA: 'Sebagai seorang Islam, saya malu....'
Dalam sistem demokrasi, beliau berkata, rakyat memilih kerajaan dan menyokong kerajaan untuk tempoh masa tertentu.
Bagaimanapun, di beberapa negara Islam, mereka tidak sanggup menunggu sehingga tamat tempoh tersebut dan mahu perubahan segera selepas pilihan raya, katanya.
"(Ia) masa untuk mereka menghormati undi dan menubuhkan kerajaan yang menggunakan kuasa untuk kebaikan negara dan rakyat," katanya.
Dr Mahathir berkata Malaysia adalah sebuah negara Islam yang mengamalkan sistem demokrasi, walaupun 60 peratus daripada penduduknya adalah beragama Islam dan rakyatnya taat kepada Raja.
Sistem ini dianggap berjaya kerana rakyat Malaysia mempunyai Raja dan mereka juga mengamalkan sistem demoraksi, katanya.
"Kami (di Malaysia) tidak suka keganasan. Kami tidak menggulingkan kerajaan sehingga kerajaan itu bertukar dengan sendirinya," katanya dan disambut dengan gelak ketawa para hadirin.
Pada lawatan sulungnya ke Pusat Pengajian Islam Oxford pada 1996, Dr Mahathir pernah menyampaikan ceramahnya yang terkenal bertajuk 'Islam Agama yang Diselewengkan'.
Sejak penubuhannya pada tahun 1985, pusat ini telah menampilkan ramai tokoh terkemuka untuk bercakap mengenai pelbagai perkara yang berkaitan dengan dunia Islam.
Di dalam premisnya yang baru, pusat ini mempunyai beberapa ruang kuliah yang khusus termasuk Auditorium Malaysia bagi perkembangan programnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 25 2018
Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucaptama bertajuk 'The Challenge of Good Governance in The Muslim World' di Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS) di London, 24 Sept, 2018. --fotoBERNAMA
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
Sistem amaran awal, ramalan dan hebahan kurangkan kerosakan bencana sehingga 30 peratus - Pakar
Sistem amaran awal, sistem ramalan bencana dan sistem hebahan yang baik boleh mengurangkan kerosakan akibat bencana sehingga 30 peratus.
Taufan Fengal ragut 19 nyawa di India, Sri Lanka
Puducherry di India dilanda hujan selama 24 jam yang merekodkan paling lebat dalam tempoh 30 tahun.
281 lokasi terjejas bencana di seluruh negara, paling banyak di Terengganu
Sebanyak 281 lokasi di seluruh negara terkesan pelbagai kejadian bencana susulan hujan yang melanda negara dengan paling banyak direkodkan di Terengganu iaitu 131 lokasi.
Mangsa banjir di lima negeri meningkat, tiga lagi menurun
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir di 285 PPS mencecah 93,158 orang daripada 28,830 keluarga setakat ini berbanding 91,279 orang petang tadi.
Sistem amaran awal penting ketika dunia sambut Hari Kesedaran Tsunami
Ini amat penting kerana bencana terkini seperti banjir yang dahsyat di Sepanyol menunjukkan impak yang semakin besar akibat cuaca ekstrem.
Semua agensi pengurusan bencana disalur maklumat lengkap - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) sentiasa menyalurkan maklumat lengkap mengenai cuaca dalam negara untuk dijadikan panduan tindak balas bencana kepada semua agensi pengurusan bencana.
Jumlah mangsa banjir di Perak dan Kedah meningkat
Di Perak, jumlah mangsa yang berlindung di 11 PPS meningkat kepada 1,191 orang malam ini berbanding 1,170 petang tadi.
Proses pengumpulan data berkesan, menyeluruh bantu operasi pasca bencana – MERCY Malaysia
Proses pengumpulan data secara lebih berkesan dan menyeluruh adalah penting dalam operasi pasca bencana untuk mengetahui keperluan unik bagi kawasan terjejas.
PBB beri ancaman 'bencana yang semakin hampir' di Asia Barat
"Tiada penyelesaian ketenteraan yang akan membuat mana-mana pihak lebih selamat."
Singapura sumbang AS$100,000 untuk usaha bantuan banjir Bangladesh
Sumbangan itu akan menyokong usaha bantuan kemanusiaan dan memenuhi keperluan segera masyarakat terjejas akibat bencana alam berkenaan.