awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Kementerian Komunikasi berjaya laksana reformasi kerenah birokrasi - KSN
MALAYSIA
Kelemahan penyampaian maklumat punca KDEBWM rekod saman tertunggak tertinggi
MALAYSIA
PBT diseru tingkat kecekapan perkhidmatan awam, pacu pembangunan rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Pesara guru gemar kumpul sampah bakal diberi kaunseling

Bernama
Bernama
07/10/2020
05:17 MYT
Sponsor Banner
Pesara guru gemar kumpul sampah bakal diberi kaunseling
Chung Sook Khuan melakukan rutin hariannya mengumpul dan mengasingkan sampah yang dikutip sekitar kawasan rumah miliknya. - Gambar BERNAMA
IPOH:Kerajaan Perak akan membantu seorang pesara guru wanita yang tinggal di sebuah rumah teres dua tingkat yang dipenuhi sampah di Taman Bersatu, Simpang Pulai, di sini untuk mendapatkan khidmat nasihat dan kaunseling.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata, tinjauan ke rumah itu mendapati Chung Sook Khuan, 63, yang tinggal bersendirian sejak beberapa tahun lepas, gemar mengutip sampah bagi tujuan kitar semula.
"Bagaimanapun, masalah longgokan sampah setinggi kira-kira 1.5 meter di halaman rumah wanita yang dipanggil Cikgu Chung itu menimbulkan kerisauan jiran kerana dikhuatiri menjejaskan kesihatannya dan juga penduduk berhampiran.
"Keadaan itu juga menyebabkan pencemaran bau serta dibimbangi mengakibatkan pembiakan nyamuk aedes dan masalah lain, lebih-lebih lagi dengan ancaman wabak COVID-19 ketika ini," katanya ketika ditemui pemberita semasa melawat kawasan rumah berkenaan di sini, hari ini.
Beliau berkata, selain khidmat kaunseling oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan bertindak segera membersihkan kesemua longgokan sampah di rumah itu.
Wan Norashikin berkata, kerajaan negeri sedang mengesan tiga orang anak Chung serta suaminya yang dipercayai tinggal di Taman Botani di sini, untuk tindakan lanjut dan difahamkan mereka tinggal berasingan disebabkan kegemaran mengutip sampah wanita itu.
"Kita juga akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan untuk membuat pemeriksaan bagi mendapatkan laporan tahap kesihatan Chung," katanya.
Wan Norashikin berkata, bagaimanapun, tindakan penguatkuasaan undang-undang akan diambil sekiranya Chung masih berdegil untuk terus mengutip dan mengumpul sampah di rumahnya dan tindakan terakhir yang boleh dilakukan ialah menempatkan warga emas berkenaan di pusat jagaan orang tua kerana dia enggan tinggal bersama keluarga.
Sementara itu, Chung yang ditemui berkata, anak-anaknya, seorang perempuan dan dua lelaki berumur dalam lingkungan 30-an, sering mengunjunginya bagi menghantar makanan.
Chung sering dilihat berbasikal hingga lewat malam mengutip sampah dari premis berhampiran yang kemudian dibawa pulang, malah dakwa sesetengah pihak wanita itu terpaksa memanjat longgokan sampah di halaman untuk masuk ke dalam rumahnya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesara guru kumpul sampah
#Kutip sampah
#kitar semula
#pesara guru
#Chung Sook Khuan
#Kerajaan Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami