Kegigihan pesara kerajaan mencipta bebola tanah liat atau mudball membolehkan mereka menjana pendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan sejak tahun 2010.
Pasangan suami isteri, Mohd Nashir Yaacob, 61, dan isteri, Ramlah Salim, 61 menghasilkan mudball daripada bahan organik di rumahnya di kawasan kampung, mendapat permintaan tinggi di dalam negeri dan luar Kelantan.
"Memandangkan pelanggan mengadu air sering bermasalah seperti berbau busuk, hanyir dan berkarat, saya syorkan mereka gunakan mudball untuk menjernihkan semula air, malah usaha ini berkesan.
"Pembuatan mudball itu melalui proses pemeraman sehingga dua minggu, jadi dalam sebulan sebanyak 1,200 mudball dihasilkan menerusi 400 bungkus terjual, dengan harga pasaran RM10 sebungkus," katanya kepada pemberita di Kampung Che Arus Kok Lanas, Ketereh di sini, semalam.
Menurutnya, mudball itu boleh digunakan dalam kolam takungan air, sungai, perigi, tempat air bertakung, longkang, lubang tandas, dan kolam ikan kanvas bagi menjernihkan air bermasalah.
Mohd Nashir yang lebih dikenali sebagai Pok Sir berkata, mudball terhasil daripada campuran tanah liat, dedak beras, dan larutan mikrob, mikro-organisma berkesan (EM) melalui proses penapaian dan peraman bersama gula merah, kemudian ia diadun dan dibentuk bulat.
"Bahan-bahan yang digunakan ini berfungsi bagi menguraikan segala bahan pencemaran di dalam air, meningkatkan kualiti air ke tahap yang selamat untuk digunakan bagi tujuan pertanian, perikanan dan penternakan.
"Mudball yang sudah siap dibentuk bulat ini perlu ditempatkan di kawasan teduh atau suhu bilik bagi proses pengeraman selama seminggu dan sekiranya melebihi tempoh enam bulan, pengaktifan semula mikrob perlu dilakukan," katanya.
Proses selanjutnya, mudball diletakkan ke dalam bola campuran tanah liat dan bahan-bahan organik itu mampu menstabilkan kealkalian (pH) air, mengurangkan bau busuk air serta memecahkan molekul-molekul organik dan sisa sampah.
Mohd Nashir, yang juga perserta Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), berkata dia kini mempunyai 10 ejen di Kelantan dan turut menjalankan jualan secara dalam talian yang dibantu oleh dua anaknya Mohd Syafiq, 23, dan Mohd Huzaimi, 29.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 21 2020
Mohd Nashir memeriksa tanah liat yang telah dicampurkan bahan untuk dijadikan bebola tanah liat pada proses pengeraman ketika ditemui di rumahnya di Kampung Che Arus Kok Lanas, Ketereh, 21 Julai, 2020. -- fotoBERNAMA
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Pasaran saham ST1 positif, dijangka berterusan sehingga H2
Pasaran FBM KLCI mencatat prestasi baik dengan pulangan sekitar 5.7%. Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, menjangkakan sentimen positif akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Sektor cemerlang termasuk utiliti, hartanah, dan pembinaan.
Peningkatan IHPR beri petanda positif kepada perdagangan
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, prestasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan Malaysia yang meningkat pada Februari 2024 menyifatkan pertumbuhan perdagangan berada di tahap yang baik.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.
Kerja penyenggaraan berjadual pastikan bekalan air berterusan - Air Selangor
Kerja-kerja penyenggaraan secara berjadual untuk beberapa aset utama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), akan dilaksanakan pada tahun ini bagi memastikan pengguna mendapat perkhidmatan bek