awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara kerajaan rugi hampir RM500,000 diperdaya 'Macau Scam'

Bernama
Bernama
25/08/2020
15:46 MYT
Pesara kerajaan rugi hampir RM500,000 diperdaya 'Macau Scam'
Menurut polis, mangsa telah menerima panggilan telefon dari suspek yang menyatakan bahawa bungkusan (parcel) kononnya yang dipos oleh mangsa telah sampai di Sabah. - Gambar hiasan
Seorang wanita yang merupakan pesara kerajaan berusia 70-an, kerugian hampir RM500,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan sindiket 'Macau Scam'.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kelantan Supt Ahmad Azizul Mohamed, berkata kejadian itu berlaku selepas mangsa diperdaya dengan taktik penyamaran suspek sebagai kakitangan pos laju dan pegawai polis.
Beliau berkata pada pertengahan Julai lalu, mangsa telah menerima panggilan telefon dari suspek yang menyatakan bahawa bungkusan (parcel) kononnya yang dipos oleh mangsa telah sampai di Sabah.
"Suspek kemudian mengatakan bungkusan itu mengandungi kad pengenalan mangsa dan beberapa keping kad ATM bank milik mangsa didapati terlibat dengan kes jenayah pengubahan wang haram sedangkan mangsa tidak berbuat demikian.
"Mangsa kemudian dihubungkan dengan beberapa orang suspek lain yang menyamar sebagai pegawai polis temasuk pegawai penyiasat (IO) kes jenayah pengubahan wang haram tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ahmad Azizul berkata selama seminggu mangsa dan suspek yang menyamar sebagai IO kes berhubung setiap hari bagi tujuan siasatan dan sepanjang dalam tempoh tersebut, mangsa telah diminta untuk mendedahkan kesemua akaun-akaun bank yang dimilikinya.
"Suspek kemudiannya telah meminta mangsa memindahkan semua wang milik mangsa di Tabung Haji (TH) dan ASNB ke satu akaun bank mangsa sahaja atas alasan keperluan siasatan kes sulit yang sedang dijalankan oleh suspek selain turut meminta mangsa membuat kad ATM baharu.
"Mangsa yang terpedaya terus mendedahkan butiran kad serta nombor pin kad ATM berkenaan kepada suspek," katanya
Beliau berkata bagaimanapun pada awal bulan ini, mangsa yang membuat semakan dengan pihak bank mendapati beberapa pengeluaran berjumlah RM496,000 telah dilakukan oleh suspek tanpa pengetahuan dan kebenaran mangsa.
"Mangsa kemudiannya tampil membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan pesalah boleh dipenjara selama tempoh tidak kurang dari setahun dan dengan sebat serta denda," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JSJK Kelantan
#kerugian
#Macau Scam
#pegawai polis
#pengubahan wang haram
#pesara
#pos laju
#Sabah
#Seksyen 420 Kanun Keseksaan
#sindiket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan