awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NPL terkawal, kerajaan yakin jaminan kredit pacu PKS dan pelaburan - Amir Hamzah
RM8 juta bina baharu, baik pulih rumah veteran ATM tahun ini
5,819 murid pendidikan khas terima Sijil Alternatif Sekolah Menengah 20 Jan ini - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara lesap lebih RM52,000 terperdaya 'love scam'

Bernama
Bernama
04/02/2022
03:22 MYT
Pesara lesap lebih RM52,000 terperdaya 'love scam'
Sepanjang perkenalan, mangsa tidak pernah menemui suspek dan hanya berhubung dengan lelaki tersebut menerusi panggilan telefon dan aplikasi WhatsApp.
KUANTAN: Seorang pesara kerugian RM52,300 akibat terpedaya dengan kegiatan Love Scam selepas berkenalan dengan seorang lelaki menerusi laman sosial pada Disember lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata wanita berusia 74 tahun itu dikatakan telah dihubungi suspek melalui Facebook dengan nama Nelson Michael Jr yang mendakwa dirinya berasal dari Amerika Syarikat namun bekerja di Miri, Sarawak dalam bidang cari gali minyak.
Beliau berkata sepanjang perkenalan, mangsa tidak pernah menemui suspek dan hanya berhubung dengan lelaki tersebut menerusi panggilan telefon dan aplikasi WhatsApp.
"Suspek telah meminjam wang dari wanita itu dengan pelbagai alasan sebanyak tujuh kali dengan jumlah keseluruhan RM52,300 malah berjanji dengan mangsa mahu mengahwininya apabila memberi pinjam wang tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, suspek tidak dapat dihubungi mangsa sejak 31 Jan lepas, iaitu selepas melakukan transaksi terakhir malah lelaki itu turut menyekat nombor telefon wanita berkenaan, katanya.
Menurutnya, mangsa yang menyedari dirinya tertipu telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#love scam
#WhatsApp
#pesara
#berkenalan di Facebook
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan