awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara pensyarah rugi RM1.8 juta dihubungi 'pegawai TM'

Bernama
Bernama
05/11/2021
20:48 MYT
Pesara pensyarah rugi RM1.8 juta dihubungi 'pegawai TM'
Polis menasihati orang ramai supaya mendapatkan butir-butir terperinci pihak berkuasa yang menghubungi mereka tentang sebarang siasatan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang pesara pensyarah mengalami kerugian sebanyak RM1.8 juta selepas dihubungi 'pegawai Telekom Malaysia', mendakwa namanya digunakan dalam talian untuk kegiatan perjudian dan pengubahan wang haram.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Supt Tan Poh Cheok berkata pihaknya menerima laporan polis daripada wanita berusia 80 tahun itu Isnin lepas.
Beliau berkata mangsa menerima panggilan daripada suspek pada 1 Okt lepas yang meminta warga emas itu membuat beberapa transaksi bernilai RM730,000, selain diminta untuk menyerahkan kad ATMnya.
"Susulan itu, mangsa mendapati terdapat transaksi pindahan wang yang besar daripada akaunnya berjumlah RM1.8 juta.
"Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya dalam kenyataan semalam.
Justeru, Tan menasihati orang ramai supaya mendapatkan butir-butir terperinci pihak berkuasa yang menghubungi mereka tentang sebarang siasatan seperti nama, pangkat pemanggil, tempat bertugas dan tidak mendedahkan maklumat akaun dan nombor OTP/TAC kepada pihak ketiga melalui panggilan telefon.
"Sebarang jenayah atau aktiviti yang mencurigakan, hubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/0585 atau mana-mana balai polis yang berdekatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesara pensyarah
#pegawai Telekom Malaysia
#nama digunakan dalam talian
#penipuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan