awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara rugi lebih RM200,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
06/07/2024
10:08 MYT
Pesara rugi lebih RM200,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Siasatan awal mendapati wanita itu berminat dengan tawaran menarik melalui skim pelaburan terbabit yang menjanjikan keuntungan 8,000 peratus. -Gambar hiasan
IPOH: Seorang pesara kerani sekolah di Kuala Kangsar kerugian RM241,900 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang disertai menerusi laman Facebook.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Heisham Harun berkata pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia 67 tahun itu pada 10.48 pagi semalam.
Beliau berkata siasatan awal mendapati wanita itu berminat dengan tawaran menarik melalui skim pelaburan terbabit yang menjanjikan keuntungan 8,000 peratus daripada jumlah pelaburan.
"Mangsa melakukan 25 transaksi ke dalam 16 akaun yang berbeza bermula April hingga Jun lepas.
"Kerugian yang dialami merupakan wang simpanan milik mangsa sendiri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Heisham berkata wanita terbabit hanya menyedari ditipu setelah tidak menerima keuntungan yang dijanjikan sejak April lepas dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam melayari laman media sosial dan sentiasa cakna dengan trend terkini jenayah penipuan yang sentiasa berubah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#skim pelaburan tidak wujud
#Facebook
#pesara kerani sekolah
#jenayah penipuan dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan