SEREMBAN: Seorang pesara tentera lelaki maut selepas sebuah lori menggelongsor ke hadapan dan melanggarnya semasa berada di luar keretanya yang rosak dalam kejadian di Jalan Seremban-Tampin pada petang Isnin.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kejadian pada jam lebih kurang 5.55 petang itu melibatkan lima kenderaan iaitu sebuah bas, sebuah lori, dua kereta jenis Proton Wira dan Hyundai Getz serta sebuah motosikal Honda Wave.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta Proton Wira yang dipandu mangsa berusia 74 tahun bersama seorang wanita dari Ampangan menghala ke Port Dickson telah mengalami kerosakan di lorong kiri.
"Kemudian datang kereta Hyundai Getz yang dipandu seorang lelaki telah melanggar belakang Proton Wira itu sebelum seorang penunggang motosikal lelaki berhenti untuk memberikan bantuan kepada kenderaan yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, selepas itu datang sebuah lori jenis Hino yang dipandu seorang lelaki bersama tiga penumpang lelaki dari arah sama telah berhenti di belakang kenderaan terlibat kemalangan untuk mengubah haluan ke lorong kanan sebelum dilanggar sebuah bas kilang.
"Bas berkenaan yang dinaiki 40 pekerja telah melanggar bahagian belakang sebelah kanan lori mengakibatkan lori itu menggelongsor ke hadapan dan melanggar pemandu Proton Wira, Hyundai Getz dan penunggang motosikal.
"Berikutan itu, pemandu Proton Wira mengalami kecederaan di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu Hyundai Getz dan penunggang motosikal mengalami kecederaan ringan serta dihantar ke zon kuning Hospital Tuanku Jaafar Seremban.
"Semua penumpang kenderaan yang terlinat kemalangan pula tidak mengalami sebarang kecederaan dan siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes Inspektor Sudesh Kumar di talian 0164830853 atau di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian 066033222 bagi membantu siasatan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 30 2024
Kejadian pada jam lebih kurang 5.55 petang itu melibatkan sebuah bas, sebuah lori, dua kereta jenis Proton Wira dan Hyundai Getz, serta sebuah motosikal Honda Wave. - Foto Sinar Harian
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
Helikopter bertembung: Empat terbunuh, tiga lagi cedera parah di Gold Coast
Kedua-dua helikopter berkenaan bertembung sesama sendiri, sebelum terhempas di beting pasir tidak jauh dari pantai Sea World Resort.
Pesawat terhempas ketika cuba mendarat, empat anak kapal terbunuh
Sekurang-kurangnya empat anak kapal dilaporkan terbunuh selepas sebuah pesawat Agensi Keselamatan Kazakhstan terhempas di Almaty.
Ini apa anda perlu tahu tentang nahas pesawat Sriwijaya Air SJ182
Ketika ini operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih berjalan dan difahamkan beberapa serpihan pesawat malang itu telah ditemukan.
Allahyarham Mohd Irfan rancang untuk buat filem penerbangan - Esma Daniel
Pelakon Esma Daniel turut terkesan dengan berita nahas helikopter yang berlaku di Taman Melawati, Ampang pukul 12 tengah hari Ahad.
Boeing, FAA bertanggungjawab atas nahas Lion Air, Ethiopian Airlines - Laporan siasatan
Pengeluar pesawat, Boeing dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, FAA disifatkan bertanggungjawab ke atas dua nahas melibatkan pesawat 737 Max yang mengorbankan 346 penumpang dan anak kapal.
Pemandu maut, lima lagi cedera dalam nahas tiga kenderaan di Kuala Terengganu
Nahas berlaku di kilometer 35, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu kira-kira jam 4.30 petang Rabu.
Nahas Ethiopian Airlines: Juruterbang tidak jalani latihan simulasi Boeing 737 MAX 8
Sumber memberitahu Reuters kapten pesawat nahas Ethiopian Airlines tidak menjalani latihan mesin simulator untuk Boeing 737 MAX 8.
Pesawat Lion Air terbang 'di luar kebiasaan' sehari sebelum terhempas
Pesawat malang Lion Air Boeing 737 yang terhempas pada pagi Isnin bersama 189 penumpang dan anak kapal dikatakan terbang dengan cara 'luar biasa' sehari sebelum terhempas di Laut Jawa.
Jenazah dua juruterbang TUDM dibawa ke HTAA untuk bedah siasat
Jenazah dua juruterbang pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Hawk 108 yang maut dalam nahas pesawat di Chukai,dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan.
113 penumpang pesawat Hercules dipercayai terkorban dalam tragedi di Medan
Pesawat yang sepatutnya menuju ke Pangkalan Udara Tanjung Pinang, Kepulauan Riau itu terhempas di atas rumah awam dan kedai termasuk sebuah pusat spa yang terkenal di kawasan itu.