JOHOR BAHRU: Setiap kali menjelang Bulan Kebangsaan, rakyat Malaysia akan tampil dengan pelbagai cara menzahirkan semangat patriotik dan rasa cinta mereka kepada negara.
Bagi seorang pesara tentera, Murad Mohd Kassim, 52, beliau memilih misi mengelilingi Semenanjung Malaysia dengan menunggang motosikal secara solo dan memulakan misinya dari kediamannya di Presint 5, Putrajaya pada 6 Julai lepas.
Murad yang juga pendayung kayak solo negara berkata hasrat tersebut telah lama dirancang dan beliau ketika ini teruja serta bersemangat untuk merealisasikan Kembara Solo Hijrah Merdeka 2022/1444H yang berbaki kira-kira 1,000 kilometer dan 19 azan perlu diilaungkan dalam memenuhi impiannya untuk melaungkan azan di 99 masjid.
Pernah berkhidmat di Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sebelum bertukar ke Bahagian Pendidikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Murad berkata Johor merupakan negeri kelapan yang dikunjunginya sebelum ke Pahang, Terengganu dan Kelantan.
"Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Temenggong Ibrahim di Larkin, di sini antara dua lokasi utama yang ingin saya kunjungi dalam misi ke-11 kali ini. Saya ingin mengimbau nostalgia ketika menjadi pelajar di sini pada 1998 hingga 2001.
"Di sinilah permulaan saya mengenali sukan kayak di bawah bimbingan pensyarah, Mohamad Jasa Sirat yang memberi tunjuk ajar tentang kayak. Dari situlah saya berazam untuk mencipta nama di persada dunia untuk menjadi seorang pendayung kayak solo negara," katanya yang ditemui di pekarangan Surau Jawhar, IPG Kampus Temenggong Ibrahim, baru-baru ini.
Mengenai kembara itu, Murad berkata perjalanannya dari Perlis ke Johor Bahru mengambil masa lapan hari dan turut singgah di 84 masjid dan surau.
Menurutnya, kembara solo yang dijangka berakhir hari ini di Kelantan, masih berbaki kira-kira 1,000 kilometer.
Mengenai perbelanjaan sepanjang kembara tersebut, Murad berkata beliau hanya memperuntukkan kira-kira RM1,000 bagi kos penginapan, makan minum dan kecemasan.
Beliau berkata selain mendekatkan diri dengan Allah SWT, kembara itu juga disifatkan sebagai disiplin buat dirinya untuk sentiasa istiqamah dalam melaksanakan solat fardu lima waktu berjemaah dan solat Jumaat di samping menghayati erti kemerdekaan.
"Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu tunjuk rasa cintakan negara dengan melakukan sesuatu yang boleh membanggakan negara kita. Erti merdeka bagi saya adalah bebas untuk membuat sesuatu perkara yang mendatangkan manfaat kepada individu, keluarga dan negara," katanya.
Pada 2019, Murad diiktiraf oleh Malaysia Book of Records apabila berjaya menamatkan Ekspedisi Kayak Solo Melawan Arus Sungai Perak sejauh 350 kilometer.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 08 2022
Murad Mohd Kassim bergambar sebaik tiba di Surau Jawhar, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim sempena Kembara Solo Hijrah Merdeka 2022/1444H, 99 Seruan Agung (AZAN) pada Sabtu lepas. - Foto BERNAMA
"Siasatlah...mereka akan tahu apa yang sebenarnya' - Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata pemberian duit raya merupakan amalannya sewaktu menyantuni kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan pesakit di wad.
Turkiye gantung aktiviti perdagangan dengan Israel
Turkiye menggantung segala aktiviti perdagangan dengan Israel pada Khamis berikutan serangan berterusan rejim itu ke atas Semenanjung Gaza.
Remaja 13 tahun mengaku bakar anak kucing hidup-hidup
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret pada Jumaat atas satu pertuduhan membakar anak kucing di sebuah pangsapuri, minggu lalu.
PKR rai ulang tahun 25 tahun dengan penganjuran karnival 11 Mei ini - Nurul Izzah
PKR akan meraikan ulang tahun ke-25 penubuhannya dengan menganjurkan satu karnival terbuka di Sentul Depot, Kuala Lumpur 11 Mei ini.
Syed Hamid Albar letak jawatan sebagai Pengerusi Yayasan WIEF
Syed Hamid Albar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF), berkuat kuasa 30 April.
AWANI Tonight: Microsoft to invest RM10.5 bil in cloud, AI services
Microsoft has pledged RM10.5 billion investment in artificial intelligence (AI) and cloud computing to help develop Malaysia’s AI infrastructure.
AWANI Tonight: UCLA pro-Palestine students in standoff with police
Hundreds of police officers made their way to the UCLA campus, warning pro-Palestinian demonstrators that they would be arrested for unlawful assembly if they did not leave.
AWANI Tonight: Building smart homes, innovating customer experiences
Around 500 to 700 million LG products are in use worldwide, many of which contain AI sensors to learn and analyse users' lifestyles. Astro AWANI correspondent Faye Kwan reports on how the firm makes use of its access to this wealth of data.
Cuaca panas: KKM akan umum jika perlu tutup sekolah
KKM akan membuat pengumuman termasuk mempertimbangkan keperluan penutupan sekolah berikutan cuaca panas melanda beberapa negeri.
Hentikan boikot KK Mart - Mufti Perak
Mufti Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh menasihatkan umat Islam agar menghentikan tindakan boikot terhadap kedai serbaneka KK Mart susulan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di salah satu cawangan kedai serbaneka itu.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Balu pesara tentera bersyukur impian miliki rumah tercapai
Seorang balu kepada pesara tentera terharu dan menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk memiliki rumah baharu tercapai selepas lebih 25 tahun menumpang di rumah mentuanya.
Pesara tentera zahir patriotisme lukis potret PM buat koleksi, jualan
Seorang pesara tentera menzahirkan semangat patriotisme dengan menghasilkan lukisan potret Bapa Kemerdekaan dan sembilan Perdana Menteri yang lain sebagai koleksi peribadi.
'Dr Ganja' terlepas tali gantung, dipenjara sembilan tahun
Beliau memerintahkan Amiruddin menjalani hukuman penjara secara serentak bagi kesemua pertuduhan itu mulai tarikh tangkapan pada 26 Mei 2017.
Tiga cedera kereta rempuh taska di Kemaman
Kejadian berlaku selepas MPV yang dipandu pesara tentera itu hilang kawalan ketika mengundur keluar dari halaman rumahnya yang berhadapan taska tersebut.
'Rezeki terpijak' pesara tentera di tepi Sungai Kelantan
Mazlan Hussin berkata, setiap hari sepanjang Ramadan dia mampu menjual hampir 300 keping plastik berkenaan.
Pesara tentera wira negara dakwa suara tidak dipeduli sejak sekian lama
Rakyat cakna dengan jasa anggota tentera namun sayangnya, saban tahun, ramai dalam kalangan mereka menyuarakan isu sama berkaitan kebajikan.
Pesara tentera zahir semangat Hari Kebangsaan menerusi Kembara Solo Hijrah Merdeka
Setiap kali menjelang Bulan Kebangsaan, rakyat Malaysia akan tampil dengan pelbagai cara menzahirkan semangat patriotik dan rasa cinta mereka kepada negara.
Pesara tentera tinggal dalam kereta terharu dapat rumah baharu
Mohd Redzuan Abdullah mendapat tawaran penyewaan sebuah unit Perumahan Awam Seri Johor 4C di Cheras.
DBKL tawar kediaman kepada pesara tentera yang tinggal dalam kereta
Tawaran kediaman kepada bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia Mohd Redzuan Abdullah itu, berkuat kuasa semalam.