awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara tentera zahir patriotisme lukis potret PM buat koleksi, jualan

Bernama
Bernama
13/09/2023
20:00 MYT
Pesara tentera zahir patriotisme lukis potret PM buat koleksi, jualan
Ridzwan telah menghasilkan 1,500 lukisan manakala inisiatif melakarkan potret Perdana Menteri dimulakan pada lima tahun lepas. - Foto BERNAMA
GUA MUSANG: Seorang pesara tentera menzahirkan semangat patriotisme dengan menghasilkan lukisan potret Bapa Kemerdekaan dan sembilan Perdana Menteri yang lain sebagai koleksi peribadi dan turut mendapat tempahan daripada pelanggan di Kampung Bertam Baru, di sini.
Sarjan Bersara Ridzwan Abdul Wahab, 44, yang memiliki sebuah kedai gunting rambut menyediakan satu ruangan kecil di dalam premis berkenaan sebagai bengkel melukis ketika menunggu kunjungan pelanggan.
Beliau yang mula melukis sejurus selepas bersara daripada perkhidmatan pada 2010, telah menghasilkan 1,500 lukisan manakala inisiatif melakarkan potret Perdana Menteri dimulakan pada lima tahun lepas.
"Pada awalnya saya melukis potret Perdana Menteri bermula dengan Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman, disusuli lukisan Perdana Menteri yang lain sebagai koleksi peribadi, tetapi jika ada yang berminat saya akan menjualnya.
"Saya berbangga menghasilkannya kerana mereka semua ialah pemimpin negara dan berasa sangat dekat di hati, jadi saya akan mengabadikan wajah pemimpin ini setiap kali terdapat Perdana Menteri yang baharu. Setakat ini, memang ada pelanggan yang menempah," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Bertam Baru, baru-baru ini.
Ridzwan berkata tempoh menyiapkan sesebuah lukisan bukan hanya bergantung kepada saiz, sebaliknya jenis bahan yang digunakan turut memainkan peranan.
"Satu lukisan hitam putih biasanya dapat disiapkan dalam masa sehari, namun bagi lukisan berwarna ia bergantung kepada keadaan kerana saya bekerja. Kalau waktu cuti saya hanya perlukan sehari untuk siapkan lukisan saiz kecil dan sederhana tetapi untuk saiz besar seperti potret keluarga memerlukan masa dua hingga tiga hari kerana agak rumit.
"Saya mengambil upah pada kadar RM50 untuk lukisan hitam putih dan daripada RM100 hingga RM200 bagi lukisan berwarna," katanya yang menjualnya bersekali dengan bingkai mengikut saiz dan jenis ukiran.
Beliau berkata tempahan juga banyak diterima daripada media sosial yang digunakannya sebagai platform pemasaran menerusi Tiktok @sarjanwan576 dan Facebook Ridzwan Wahab.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesara tentera
#media sosial
#lukisan berwarna
#Bapa Kemerdekaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan