awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Machado dakwa “boleh harap pada Presiden Trump” selepas pertemuan di White House
[KOLUMNIS] Amalan hari Jumaat dalam tradisi masyarakat Melayu
Machado dedah 'serah' Hadiah Nobel Keamanan kepada Presiden Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara wanita rugi RM2.24 juta ditipu sindiket penipuan panggilan telefon

Bernama
Bernama
01/10/2025
06:39 MYT
Pesara wanita rugi RM2.24 juta ditipu sindiket penipuan panggilan telefon
Mangsa yang merupakan wanita tempatan menerima panggilan daripada individu mendakwa wakil Touch 'n Go yang menuduhnya terlibat dalam sindiket penipuan dalam talian. - Gambar hiasan
KUCHING: Seorang pesara swasta berusia 66 tahun di Miri kerugian lebih RM2.24 juta selepas menjadi mangsa sindiket penipuan panggilan yang menyamar sebagai pegawai Touch 'n Go dan polis.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, mangsa yang merupakan wanita tempatan menerima panggilan daripada individu mendakwa wakil Touch 'n Go yang menuduhnya terlibat dalam sindiket penipuan dalam talian.
"Panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada seorang pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang yang mengarahkan mangsa mengeluarkan semua simpanan termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kononnya untuk tujuan siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Farhan berkata, mangsa menyerahkan wang berjumlah RM2,244,404 melalui pindahan bank di kaunter, transaksi dalam talian serta serahan tunai kepada seorang lelaki tidak dikenali di sebuah lokasi sunyi tanpa kehadiran orang awam.
Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas membuat semakan dan pengesahan sebelum tampil membuat laporan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#phone scam
#warga emas
#taktik sindiket
#laporan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan