awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat AirAsia berpatah balik selepas tiga minit berlepas dari LTAB Langkawi

Bernama
Bernama
30/12/2019
06:11 MYT
Pesawat AirAsia berpatah balik selepas tiga minit berlepas dari LTAB Langkawi
Beliau berkata pihaknya menerima maklumat pada 9.20 pagi berkaitan masalah yang dialami oleh pesawat AK 9327 daripada menara kawalan trafik udara LTAB Langkawi. - Gambar hiasan
Sebuah pesawat AirAsia menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) berpatah balik selepas tiga minit berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAB Langkawi) pagi tadi.
Pengurus LTAB Langkawi Jefry Ramli berkata pesawat itu yang membawa 156 penumpang dan anak kapal berlepas pada 9.17 pagi.
Beliau berkata pihaknya menerima maklumat pada 9.20 pagi berkaitan masalah yang dialami oleh pesawat AK 9327 daripada menara kawalan trafik udara LTAB Langkawi.
"Bertindak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) Malaysia Airports, Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) bersedia dengan tiga jentera.
"Pada 9.30 pagi pesawat AK 9327 selamat mendarat dengan tiga jentera AFRS mengiringi pesawat berkenaan sehingga ke tempat parkir pesawat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Jefry berkata semua penumpang dan anak kapal selamat.
Sementara itu, tinjauan di LTAB Langkawi mendapati penerbangan AK 9327 dijadualkan semula pada 4.45 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AirAsia
#AK 9327
#bomba
#KLIA2
#Kuala Lumpur
#Langkawi
#LTAB Langkawi
#Malaysia
#penerbangan
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan