KLANG: "Saya dengar seperti letupan di udara beberapa kali sebelum pesawat terbabit terjunam."
Demikian cerita salah seorang penduduk di lokasi pesawat ringan terhempas di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Tok Muda, Kapar di sini pada Selasa.
Mustakim Saidi, 56, berkata, dia melihat kejadian itu ketika berada di luar rumah.
"Masa itu azan zuhur, saya nampak pesawat itu meletup lebih kurang dua kali sebelum terhempas.
"Tak terkata apa ketika itu, sebab terkejut dengan kejadian, dalam lima ke 10 minit kemudian baru orang kampung mulai ramai di lokasi kejadian," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
BACA: Dua penumpang termasuk seorang juruterbang berada dalam pesawat terhempas di Klang
Penduduk, Jinaidi Nasiran, 55, berkata, ketika kejadian dia sedang menukar tayar kereta di hadapan rumahnya yang terletak berdekatan lokasi kejadian.
"Saya tengah tukar tayar tiba-tiba dengar letupan sebelum melihat pesawat terbabit terjatuh.
"Saya hanya mampu bertakbir, memang tak sangka ia berlaku, setakat ini saya belum tahu keadaan mangsa, harap semuanya baik," katanya.
Pada Selasa, sebuah pesawat ringan dilaporkan terhempas di Kampung Tok Muda, di sini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada jam 1.56 tengah hari.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menerusi kenyataan memaklumkan kejadian melibatkan dua mangsa. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 13 2024
Anggota bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa pesawat ringan terhempas di Kapar, Klang. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Dengar 'suara' belia, iktiraf mereka sebagai penyambung legasi
Suara belia tidak harus dipandang enteng malah penglibatan golongan ini perlu diperluas terutama dalam isu kemasyarakatan dan politik sesuai peranan mereka yang 'sering' digelar pemimpin masa hadapan.
Tumpuan Rabu - 15 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dari Madinah, seramai 563 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah
Seramai 563 jemaah haji Malaysia yang sebelum ini menetap di Hotel Emaar Royal dan Hotel Saja al Madidah di Madinah, tiba di Mekah pada Selasa untuk urusan menunaikan ibadat haji.
Letupan kilang Puchong Utama: "Saya nampak dua mayat dalam keadaan hancur" - Saksi
"Saya nampak dua mayat dalam keadaan hancur," demikian kata seorang saksi kejadian letupan gas di sebuah kilang kejuruteraan dan elektrik, di Jalan Utama 2/26, Taman Perindustrian Puchong Utama.
Pesawat ringan terhempas di Klang: Saksi lihat sayap patah di udara
Kejadian pesawat ringan terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, di sini, mengejutkan penduduk terutama saksi yang melihat sendiri ia terjunam dari udara.
Pesawat ringan terhempas di Klang: Penduduk dengar letupan dua kali
Penduduk di lokasi pesawat ringan terhempas di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Tok Muda, Kapar, mendengar letupan dua kali sebelum nahas.
Kebakaran Flat Sri Sabah: Saksi dengar bunyi kaca berderai jatuh atas kereta
Norshahidan cuba bantu padam api, namun, hos pemadam api kebakaran tidak berfungsi.
Pelajar maut dilanggar: 7 saksi sudah tampil beri keterangan - Polis
Tujuh individu telah tampil memberi keterangan berhubung insiden kematian seorang pelajar lelaki akibat dilanggar di Jalan Taman Jati, Ipoh.
Pesawat terhempas: 'Nampak senget, dengar bunyi dentuman'
Bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mohd Syahmie Md Hashim, 31, berkata, ketika itu dia dalam perjalanan ke Paya Jaras.
Pesawat terhempas: Saksi dengar bunyi letupan kuat, nampak mangsa rentung
"Saya terdengar bunyi letupan yang sangat kuat dan sebaik tiba di lokasi, saya nampak seorang mangsa terbakar rentung," kata saksi kejadian pesawat terhempas di Elmina.
Serangan pengebom bunuh diri mengorbankan 2 orang di Helmand, Afghanistan
Suspek dipercayai merempuh sekumpulan polis yang sedang bertugas.
Kes Jong Nam: 'Suspek dilihat menyapu muka orang awam secara rawak' - Saksi
Perbuatan itu dikesan dua hari sebelum insiden melibatkan Kim Jong Nam berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).
Keputusan siasatan insiden bunga api meletup diketahui dua minggu lagi
Hasil siasatan dalaman yang dilakukan MPK berhubung kejadian percikan bunga api yang mencederakan pengunjung akan diketahui dalam tempoh dua minggu.