Skip to main content

Malaysia

Pesawat terhempas di Brazil ragut 5 nyawa

71706500430_policeline.jpg
SAO PAULO: Sekurang-kurangnya lima orang maut selepas sebuah pesawat ringan terhempas di bandar Itapeva di tenggara Brazil pada Ahad, lapor Xinhua memetik Jabatan Bomba.

Menurut laporan awal jabatan itu, dua lagi mangsa masih belum ditemukan.

Pesawat itu dikatakan meletup di udara sebelum terhempas.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi waktu tempatan (1330 GMT) dan ketika itu hujan serta ribut sedang melanda kawasan berkenaan.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video