awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat terhempas di Elmina: Jalan utama kembali dibuka - KPN

Hilmi Malik
Hilmi Malik
18/08/2023
07:58 MYT
Pesawat terhempas di Elmina: Jalan utama kembali dibuka - KPN
Tan Sri Razarudin Husain berkata, semua operasi dan kerja-kerja pembersihan telah selesai dilaksanakan. - Gambar/ Bernama
KLANG: Beberapa laluan utama di Elmina yang ditutup susulan pesawat terhempas yang mengorbankan 10 nyawa semalam telah kembali dibuka bermula jam 3 petang hari ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, semua operasi dan kerja-kerja pembersihan telah selesai dilaksanakan.
"Jalan terbabit mula dibuka jam 3 petang. Pihak polis dan beberapa agensi terlibat telah selesai mengambil semua serpihan pesawat," katanya selepas mengadakan taklimat bersama waris mangsa di Jabatan Forensik Tengku Ampuan Rahimah Hospital (HTAR) pada Jumaat.
Sebelum ini, beberapa laluan utama di Elmina terpaksa ditutup bagi memberi laluan kepada operasi pembersihan dan mencari serpihan pesawat dan mangsa yang terkorban.
[LAPOR LANGSUNG] Pesawat terhempas di Elmina
Ketika kejadian, pesawat malang itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat pada 2.48 petang.
Bagaimanapun pesawat berkenaan terhempas di Elmina dan telah meragut seramai 10 nyawa termasuk dua orang awam yang berada di atas jalan raya.
Antara nama yang terdapat dalam senarai penumpang ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Seri Johari Harun.
Topic Berkaitan
#pesawat terhempas
#Elmina
#tragedi pesawat elmina
#jalan tutup
#jalan dibuka semula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan