PUTRAJAYA: Pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam di Selangor semalam memiliki semua lesen dan pendaftaran yang sah termasuk sijil kelayakan terbang, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Norazman Mahmud.
Beliau berkata penerbangan pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1), yang didaftarkan di luar negara dan menggunakan lesen dikeluarkan oleh pihak berkuasa luar negara, untuk perjalanan dari Langkawi ke Subang itu mematuhi tatacara penerbangan (rules of the air) Malaysia.
Beliau berkata berdasarkan maklumat diperolehi, semua lesen yang dimiliki syarikat pengendali pesawat yang terhempas iaitu lesen kru penerbangan, sijil pendaftaran serta sijil kelayakan terbang pesawat berkenaan adalah sah.
"Penerbangan pesawat tersebut patuh kepada rules of the air Malaysia," katanya kepada Bernama hari ini.
Pesawat dengan nombor pendaftaran N28JV yang dikendalikan oleh Jetvalet Sdn Bhd itu terhempas berhampiran Elmina, Shah Alam ketika dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada pukul 2:08 petang.
[LAPOR LANGSUNG] Pesawat terhempas di Elmina
Menurut Norazman semalam, hubungan pertama oleh pesawat berkenaan dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang ialah pada pukul 2.47 petang dan kebenaran mendarat telah diberikan pada pukul 2:48 petang.
Beliau juga berkata tiada panggilan kecemasan dibuat oleh pesawat tersebut.
Nahas itu mengakibatkan 10 individu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Seri Johari Harun maut.
Lapan yang maut adalah enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian.
Ditanya sama ada operasi Jetvalet Sdn Bhd dihentikan sementara, Norazman berkata:"Buat masa ini, tidak. Operasi adalah operasi persendirian (private category) yang digunakan oleh pemilik dan bukan untuk hire and reward (commercial)".
Norazman berkata CAAM akan membantu Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan menjalankan siasatan mengenai tragedi nahas pesawat itu dari sudut teknikal iaitu operasi penerbangan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 18 2023
Pesawat dikendalikan oleh Jetvalet Sdn Bhd itu terhempas berhampiran Elmina, Shah Alam ketika dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. - Gambar fail/ Shahir Omar/ Astro AWANI
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pihak berkuasa tidak ketepi serangan pengganas punca pesawat terhempas di Vilnius
Serangan pengganas tidak boleh diketepikan sebagai punca pesawat kargo terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius awal pagi tadi, kata polis.
Pesawat kargo DHL terhempas di kawasan perumahan
Sekurang-kurangnya seorang maut selepas sebuah pesawat kargo yang beroperasi bagi pihak DHL terhempas berhampiran Lapangan Terbang Vilnius.
2 maut pesawat peronda terhempas di Colorado
Dua orang maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan pesawat di Colorado, Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu, disahkan oleh pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
3 maut pesawat berlanggar di Australia
Tiga individu maut selepas dua pesawat ringan berlanggar di udara sebelum terhempas di barat daya Sydney pada Sabtu, lapor Xinhua.
4 terkorban nahas pesawat di Pulau Sulawesi
Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Indonesia, SAM Air terhempas di wilayah Gorontalo, Pulau Sulawesi pada Ahad mengorbankan kesemua yang berada di dalamnya.
Pesawat enjin tunggal terhempas di Indiana, AS, empat terbunuh - Laporan
Pesawat itu dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Anderson Municipal, tetapi sebaliknya terhempas di ladang jagung.
Pesawat tentera India terhempas di negeri Rajasthan
Pesawat MiG-29 milik Tentera Udara India alami masalah teknikal yang kritikal, memaksa juruterbang melenting keluar dari pesawat.
5 warga China maut dalam nahas pesawat di Thailand
Operasi mencari dan menyelamat dijalankan selepas pesawat itu terhempas di hutan paya bakau sekitar 3.10 petang waktu tempatan.
Keluarga terima keputusan laporan akhir nahas Elmina
Keluarga mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, tahun lepas menerima keputusan laporan akhir tragedi itu yang dikeluarkan hari ini.