awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat terhempas di Elmina: Waris tiba di HTAR untuk pengecaman mayat

Hilmi Malik
Hilmi Malik
18/08/2023
02:30 MYT
Pesawat terhempas di Elmina: Waris tiba di HTAR untuk pengecaman mayat
Sebahagian daripada waris mangsa pesawat terhempas di Elmina berkumpul di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, bagi melakukan proses pengecaman mayat, pada Jumaat. - Gambar Astro AWANI
KLANG: Waris-waris mangsa nahas pesawat di Elmina mula tiba di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, bagi melakukan proses pengecaman mayat.
Setakat semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan, kesemua 10 mayat yang terlibat dalam tragedi berkenaan telah berjaya ditemui.
Bagaimanapun, operasi pencarian akan diteruskan bagi menjejaki kemungkinan masih mempunyai baki cebisan mayat di sekitar lokasi kejadian.
Pemerhatian Astro AWANI di Jabatan Forensik HTAR mendapati wujud pergerakan keluar masuk pasukan forensik sejak awal pagi tadi.
Media juga dimaklumkan akan ada kehadiran individu kenamaan di jabatan berkenaan, namun, perkara itu masih belum dapat disahkan.
Dalam tragedi yang berlaku petang semalam, kesemua 10 yang disahkan maut apabila sebuah pesawat terhempas berhampiran kawasan perumahan di Elmina di Seksyen U16, di Shah Alam.
Pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) itu dalam perjalanan dari Langkawi ke Subang sebelum terhempas.
Lapan daripada yang maut terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian.
Antara nama yang terdapat dalam senarai penumpang ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pelangai.
Setakat ini, proses bedah siasat masih berlangsung sebelum menantikan pengesahan identiti mangsa-mangsa terlibat.
Topic Berkaitan
#pesawat terhempas di Elmina
#pengecaman mayat
#HTAR
#mangsa pesawat terhempas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan