Seorang maut manakala seorang lagi parah selepas sebuah pesawat ringan milik persendirian jenis GT-500 yang sedang menjalankan ujian bagi mendapatkan Permit Kebenaran Terbang, terhempas ke dalam sungai di Sungai Rambai, Melaka.
Dalam kejadian sekitar 11 pagi tadi itu, pesawat yang berlepas daripada Aerodrome Sungai Rambai itu sedang diterbangkan oleh mangsa yang maut Yen Yoon Fah, 54.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau, Penguasa Bomba Kanan 1, Dzulkarnain Abd Halim berkata, pesawat berkenaan ditemui terhempas di dalam sebatang sungai dengan jarak kira-kira 100 meter dari kawasan ia berlepas.
Difahamkan, pesawat ringan itu sudah dua bulan berada di Aerodrome Sungai Rambai bagi menjalankan ujian penerbangan sebelum mendapatkan Permit Kebenaran Terbang daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
Bagaimanapun, dipercayai berlaku masalah teknikal pada pesawat ringan berkenaan ketika kedua-dua mangsa sedang melakukan ujian itu sebelum dilaporkan terhempas.
“Pukul 11.39 pagi kami menerima panggilan. Jentera bomba Merlimau seramai lapan orang sampai di lokasi 11.53 pagi setelah kita terima maklumat mengatakan sebuah pesawat ringan terhempas di tepi tasik.
“Kerja-kerja menyelamat dilakukan bomba dan semasa sampai kita dapati mangsa sebelah pemandu keluar di tepi sungai dan seorang lagi terperangkap. Mangsa yang disahkan meninggal dunia itu adalah juruterbang,” katanya ketika ditemui di lokasi nahas hari ini.
Menurutnya lagi setiba di lokasi, mangsa yang terselamat Shahrul Safiri, 35, telah berjaya dikeluarkan orang awam dan mendapati sebuah pesawat ringan dalam keadaan terbalik berada di dalam sungai yang dipenuhi air dalam kawasan belukar.
Katanya, bomba mengalami kesukaran untuk mengeluarkan mangsa yang maut berikutan pesawat terbabit telah tenggelam sepenuhnya selain dikelilingi dengan belukar dan mengambil masa kira-kira 20 minit bagi mengeluarkan mangsa.
Mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Muar bagi menerima rawatan lanjut manakala mangsa yang maut dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.
Sehingga kini, kerja-kerja membawa keluar pesawat ringan itu masih sedanag dijalankan.
Raffi Bachik
Sat Oct 14 2017
Dalam kejadian sekitar 11 pagi tadi itu, pesawat yang berlepas daripada Aerodrome Sungai Rambai itu sedang diterbangkan oleh mangsa yang maut Yen Yoon Fah, 54. - Foto Astro AWANI / Raffi Bachik
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Raja Maghribi selamat jalani pembedahan akibat kecederaan bahu
Pembedahan dilakukan di Klinik Istana Diraja di Rabat oleh pasukan perubatan diketuai doktor peribadi baginda, Profesor Belyamani Lahcen.
'Palmeiras kelab bola sepak, bukan bahagian perubatan'
Neymar sedang bergelut dengan tahap kecergasannya selepas perpindahan berprofil tinggi ke kelab Liga Pro Saudi Al Hilal pada musim panas lalu.
Bicara kes cedera, khianat Norjuma bermula April dan Mei tahun hadapan
Pertuduhan itu mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Syed Saddiq cedera terlanggar dahan pokok tumbang ketika sertai Ironman Malaysia
Dipercayai kejadian berlaku semasa Syed Saddiq sedang melakukan disiplin berbasikal ketika hujan.
Ada kecederaan pada empat pelajar tahfiz, dipercayai melarikan diri - Polis
Rusdi berkata, tempoh kecederaan itu dipercayai berlaku semasa mereka berada di pusat tahfiz itu, namun perkara tersebut masih dalam siasatan.
Sembilan petugas perubatan cedera dalam serangan ke atas hospital Lubnan
Sembilan jururawat dan petugas kesihatan cedera pada Jumaat dalam serangan Israel ke atas kawasan hospital di selatan Lubnan.
Ee Wei cedera dalam kemalangan tak diduga di gim ABM
Pemain beregu campuran negara Toh Ee Wei dijangka terlepas aksi Terbuka Artic di Finland dari 8-13 Okt selepas kemalangan tak diduga di gimnasium Akademi Badminton Malaysia (ABM) Selasa lepas.
Angka korban di Gaza meningkat kepada 41,431, lebih 95,818 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat mencapai banyak mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau bergelimpangan di jalan.
Korban Taufan Shanshan meningkat kepada enam, 125 cedera di Jepun
Angka korban Taufan Shanshan di Jepun meningkat kepada enam dan 125 cedera sementara seorang lagi hilang.
Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang
Mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh anggota EMRS dan dihantar ke hospital.