awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat terhempas: Polis sahkan ada VIP terkorban

Astro Awani
Astro Awani
17/08/2023
10:12 MYT
Pesawat terhempas: Polis sahkan ada VIP terkorban
Datuk Hussien Omar Khan, berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengesahkan identiti mereka. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan terdapat orang kenamaan (VIP) yang maut dalam kejadian jet peribadi yang terhempas di Elmina di Seksyen U16, di Shah Alam, hari ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan, berkata bagaimanapun pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengesahkan identiti mereka.
"Kita perlu membuat pengesahan terlebih dahulu mengenai identiti mereka," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
BACA: Kapal terbang terhempas di Elmina, Shah Alam
BACA: 10 disah maut dalam nahas pesawat terhempas di Elmina - KP Selangor
Terdahulu beliau mengesahkan 10 orang termasuk lapan penumpang dan kru pesawat itu maut dalam kejadian berkenaan.
Dua lagi yang maut adalah orang awam yang berada di lokasi kejadian iaitu seorang pemandu kereta dan seorang penunggang motosikal.
Beberapa portal media melaporkan, salah seorang penumpang yang maut adalah ahli politik.
Topic Berkaitan
#pesawat terhempas
#Elmina
#identiti mangsa
#orang kenamaan
#VIP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan