awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesta Pulau Pinang 2020 dibatalkan kerana COVID-19

Bernama
Bernama
04/09/2020
12:17 MYT
Pesta Pulau Pinang 2020 dibatalkan kerana COVID-19
Pesta Pulau Pinang yang sudah menjangkau usia 54 tahun menjadi ikon pelancongan di negeri tersebut. - Bernama
Pesta Pulau Pinang yang merupakan antara tarikan di negeri itu setiap tahun tidak akan dianjurkan pada tahun ini, berikutan keadaan semasa pandemik COVID-19.
Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang Datuk Sarul Bahiyah Abu berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Pulau Pinang yang bersidang pada 12 Ogos lalu, telah membuat ketetapan bahawa penganjuran Pesta Pulau Pinang pada tahun ini, dibatalkan.
"Berdasarkan keadaan semasa di negeri Pulau Pinang yang sedang berhadapan dengan pademik COVID-19, MMK Pulau Pinang telah membuat ketetapan penganjuran Pesta Pulau Pinang tahun 2020 yang dijadualkan pada 1 Dis ini, adalah dibatalkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pesta Pulau Pinang yang diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, di sini yang kini menjangkau usia 54 tahun itu, menjadi ikon pelancongan di Pulau Pinang, kerana menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara, terutama pada Disember setiap tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Acara
#COVID-19
#kerajaan negeri
#keramaian
#Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
#mmk
#pandemik
#pesta pulau pinang
#Sarul Bahiyah Abu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan