awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia lakukan kunjungan hormat kepada Menteri Luar Maldives

Bernama
Bernama
20/03/2024
00:00 MYT
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia lakukan kunjungan hormat kepada Menteri Luar Maldives
Badli Hisham (kiri) melakukan kunjungan hormat kepada Moosa di Male pada Selasa, membincangkan mengenai perkongsian antara Maldives dan Malaysia. - Foto Moosa Zameer
NEW DELHI: Menteri Luar Maldives Moosa Zameer dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Maldives Badli Hisham Adam pada Selasa mengadakan perbincangan bagi meningkatkan kerjasama antara kedua-dua negara.
Perbincangan itu berlangsung semasa Badli Hisham melakukan kunjungan hormat kepada Moosa di Male.
"Kami membincangkan mengenai perkongsian antara Maldives dan Malaysia, mengutamakan hubungan antara rakyat ke rakyat dan meningkatkan lagi hubungan sedia ada antara kedua-dua negara," kata Moosa dalam hantarannya di media sosial.
Malaysia dan Maldives mempunyai libat urus dalam beberapa bidang ekonomi yang penting termasuk inisiatif pembangunan kapasiti menerusi Program Kerjasama Teknikal Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pesuruhjaya Tinggi Malaysia
#Maldives
#Menteri Luar Maldives
#Badli Hisham Adam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan