Skip to main content

Malaysia

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia tamat tempoh perkhidmatan di India

Muzafar Shah menyertai Kementerian Luar pada 1995 dan pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Mexico dari 2018 hingga 2023 sebelum ditugaskan ke India. - Gambar Bernama
Muzafar Shah menyertai Kementerian Luar pada 1995 dan pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Mexico dari 2018 hingga 2023 sebelum ditugaskan ke India. - Gambar Bernama

Advertisement

NEW DELHI: Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India, Datuk Muzafar Shah Mustafa berlepas dari New Delhi pada malam Khamis selepas menamatkan tempoh perkhidmatan lebih dua tahun setengah.

Rakan-rakan, ketua-ketua perwakilan ASEAN dan anggota kor diplomatik mengucapkan selamat jalan kepada Muzafar serta menghargai sumbangan beliau dalam memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-India.

Muzafar bersama isterinya, Datin Najwa Zainal menganjurkan majlis perpisahan di sebuah hotel di kawasan diplomatik Chanakyapuri pada Isnin.

Beliau menyertai Kementerian Luar pada 1995 dan pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Mexico dari 2018 hingga 2023 sebelum ditugaskan ke India.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement