awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petani, nelayan diharap manfaat Program Semarak Tani Keluarga Malaysia

Bernama
Bernama
17/09/2022
20:30 MYT
Petani, nelayan diharap manfaat Program Semarak Tani Keluarga Malaysia
Ronald berkata kerajaan sentiasa memikirkan pembangunan rakyat. - Astro AWANI / Shahir Omar
BELURAN: Masyarakat tani dan nelayan diharap dapat memanfaatkan inisiatif kerajaan seperti Program Semarak Tani Keluarga Malaysia untuk meningkatkan tahap sosioekonomi masing-masing.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee berkata kerajaan sentiasa memikirkan pembangunan rakyat termasuk di luar bandar dalam aktiviti industri hiliran, tanaman dan ternakan serta perikanan.
"Banyak peluang yang diolah oleh kementerian dan kerajaan namun tidak ramai yang mendapat manfaat secara langsung sebab itu kita turun padang dan maklumkan mengenai peluang, dana dan program kementerian bagi manfaat komuniti nelayan, penternak dan petani di kawasan luar bandar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Program Sembang Santai Nelayan bersama Menteri Pertanian dan Industri Makanan anjuran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia pada Sabtu yang merupakan antara aktiviti Program Semarak Tani Keluarga Malaysia di Beluran.
Ahli Parlimen Beluran itu berkata pihaknya melalui agensi berkaitan akan mewujudkan Persatuan Nelayan Kawasan di Paitan dan Pertubuhan Peladang Kawasan di Telupid bagi memastikan tidak ada nelayan, petani atau peladang tercicir daripada menikmati pelbagai bantuan serta kemudahan kerajaan.
Pelbagai aktiviti dianjurkan sepanjang Program Semarak Tani Keluarga Malaysia itu yang bermula hari ini dan berakhir esok, antaranya gerai pameran dan jualan, forum agropreneur muda, seminar kewangan dan rancangan perniagaan, perarakan bot nelayan serta persembahan hiburan yang menampilkan penyanyi terkenal Amy Search.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ronald Kiandee
#Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
#Program Semarak Tani Keluarga Malaysia
#industri hiliran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan