ANKARA: Mike Love, pengasas bersama kumpulan rock ikonik Amerika Syarikat (AS), Beach Boys meninggal dunia pada Sabtu pada usia 85 tahun, lapor Anadolu Ajansi yang memetik CBS News.
Love meninggal dunia pada Sabtu malam "dikelilingi ahli keluarga", kata pegawai serantanya, Katie Altman dalam satu kenyataan.
"Sebagai ikon budaya Amerika, beliau akan dikenang kerana bakatnya yang luar biasa serta peranannya sebagai sumber inspirasi kepada generasi pemuzik," kata Altman.
"Kami menghargai sumbangan luar biasanya kepada muzik Amerika serta kegembiraan yang dirasainya ketika membuat persembahan untuk peminat yang disayanginya," katanya lagi.
Terkenal dengan harmoni vokal dan melodi yang tersendiri, Beach Boys menjadi sinonim dengan budaya California Selatan dan muncul sebagai antara kumpulan paling berpengaruh dalam sejarah muzik rock 'n' roll.
Antara lagu popular mereka ialah California Girls, Good Vibrations, Fun Fun Fun, Surfin USA, Wouldn’t It Be Nice, I Get Around dan Kokomo.
Punca kematian beliau tidak didedahkan dengan segera.
-- BERNAMA-ANADOLU