awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petani, penternak dinasihat lapor kerugian akibat banjir

Bernama
Bernama
04/03/2023
09:36 MYT
Petani, penternak dinasihat lapor kerugian akibat banjir
Petani dan penternak di negeri ini yang kerugian akibat banjir dinasihat supaya membuat laporan kepada Jabatan Pertanian untuk bantuan ganti rugi. - Gambar fail/BERNAMA
SEGAMAT: Petani dan penternak di negeri ini yang kerugian akibat banjir dinasihat supaya membuat laporan kepada Jabatan Pertanian untuk bantuan ganti rugi.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor Datuk Zahari Sarip berkata banjir yang berlaku sejak Rabu lepas turut menjejaskan golongan petani dan penternak lebih-lebih lagi Johor dikenali sebagai hab pertanian negara.
"Ramai (petani dan penternak) terkesan dengan kejadian banjir ini kerana selalunya mereka akan lebih bersedia, contohnya apabila masuk bulan November, Disember, Januari dan Februari, mereka akan menghentikan aktiviti pertanian terutamanya kawasan yang kerap banjir.
"Kali ini banjir berlaku hujung Februari dan awal Mac... petani ini baru mula tanam atau semai tanaman mereka, jadi mereka mengalami kerugian dan tidak bersedia.
"Jadi mereka yang terkesan ini diminta menghantar gambar dan laporan untuk tindakan selanjutnya," katanya selepas meninjau keadaan banjir di Buloh Kasap, di sini hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri Buloh Kasap itu berkata mungkin ramai yang keliru dengan bentuk bantuan yang disalurkan Jabatan Pertanian.
"Bantuan ini bukan berbentuk wang tetapi lebih kepada barangan dan jika pokok rosak, baja dan peralatan atau sebagainya kita akan ganti," katanya.
Zahari turut menasihatkan petani supaya menyertai Lembaga Pertubuhan Peladang kerana ahli yang terjejas akibat banjir akan menerima bantuan kewangan untuk ganti rugi.
Beliau berkata hanya petani yang berdaftar sahaja layak menerima bantuan berkenaan.
Hujan lebat berterusan sejak malam Isnin menyebabkan Johor mengalami banjir yang disifatkan sebagai kritikal selepas merekodkan lebih 39,000 mangsa petang ini dengan Segamat daerah paling teruk terjejas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir johor
#petani dan penternak
#buat laporan
#bantuan ganti rugi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan