Petronas sedang melaksanakan kajian bagi mengenal pasti pilihan yang ada dalam usaha menangani situasi kecemasan seperti letupan yang berlaku di projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), Pengerang, pada 12 April lalu.
Menurut Ketua Pemegang Kepentingan, Komunikasi dan Bahagian Pengurusan Risiko Petronas Refinery and Petrochemical Corporation (PRPC) Sdn. Bhd., Datin Anita Azrina Abdul Aziz kajian tersebut akan menilai kepada semua aspek mengenai keselamatan.
“Kami sedang melihat pilihan untuk tangani situasi jika ada lagi insiden seperti itu berlaku, tapi perlu diketahui bahawa loji penapisan minyak di kompleks ini mempunyai rekaan zon penampan yang mengikut standard antarabangsa.
“Segalanya direka bagi memastikan semuanya selamat dan kami juga mengikut amalan standard antarabangsa,” katanya ketika ditemui media semasa lawatan ke tapak projek petrokimia di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), di Pengerang, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Anita Azrina turut menyatakan pihaknya telah membaiki kerosakan yang berlaku terhadap rumah yang terjejas di sekitar kawasan itu selepas insiden berkenaan.
“Selepas itu, kami adakan sesi untuk memberitahu penduduk di kawasan sekitar mengenai aktiviti yang kami akan buat dalam beberapa minggu lagi, malah sesi bersama mereka diadakan sebulan sekali,” jelas beliau.
Pada 12 April lalu, Petronas mengesahkan berlaku letupan dan kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang kira-kira jam 1.25 pagi.
Menurut laporan media, dua warga tempatan cedera serta beberapa buah rumah mengalami kerosakan akibat insiden berkenaan.
Afiezy Azaman
Fri Jul 26 2019

Pada 12 April lalu, berlaku insiden letupan dan kebakaran di Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), Pengerang. - Gambar fail

PdPR | Ibu bapa Orang Asli bimbang anak keciciran
Orang Asli di Tanah Tinggi Lojing di Gua Musang, Kelantan bimbang anak mereka ketinggalan dalam pembelajaran berikutan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Ini kerana ketiadaan akses kepada peranti serta liputan internet yang lemah.

WEF | Memahami laporan ketidaksamaan OXFAM
Kita bersama Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari, Ketua Ekonomi Pusat Penyelidikan Pasaran Buruh Masa Hadapan (PERKESO) bagi membincangkan mengenai laporan yang dikeluarkan OXFAM International.

COVID-19 | Langkah pencegahan awal di UK berjaya
United Kingdom mendedahkan pendekatan dilaksanakan bagi mengawal penularan COVID-19 semakin mennunjukan hasil. Menurut Setiausaha Kesihatannya, Matt Hancock peningkatan jumlah kes semakin perlahan dan menurun di beberapa bahagian negara itu.

Amerika Syarikat | Biden tandatangan arahan eksekutif 'Buy American'
Presiden Joe Biden tandatangani arahan eksekutif untuk meningkatkan pembelian kerajaan daripada pengeluar Amerika Syarikat. Arahan eksekutif itu adalah tindakan biden pada minggu pertamanya untuk memulihkan ekonomi Amerika dengan pantas.

COVID-19: Ibarat 'bernafas dalam lumpur', peniaga Pasar Siti Khadijah rayu bantuan
Bukan hanya berdepan risiko hutang sewa kedai, malah ada di antara mereka yang terpaksa menanggung hutang dengan pembekal barangan.

'Beri ruang, peluang' - PIBGN jawab dakwaan guru tidak cukup bersedia kendali PdPR
Baru hampir seminggu sesi persekolahan bermula, wujud rasa ketidakpuasan hati sesetengah ibu bapa dengan cara pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

COVID-19: Kerajaan seluruh dunia gagal tangani impak ketidakadilan global - Oxfam
Bergerak ke hadapan, penggubalan dasar dalam dunia pasca-koronavirus perlu memberikan fokus untuk menghapuskan kemiskinan dan melindungi planet ini daripada perubahan iklim.

COVID-19: Tiga lagi sekolah rendah di Terengganu diarah tutup
Sekolah berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Bunga, Sekolah Kebangsaan Pusat Cabang Tiga Dua dan SK Bukit Apit.

COVID-19: Dua warga Malaysia antara 44 kes import di Singapura
Berdasarkan data penuh kementerian yang dikeluarkan lewat malam tadi, kedua-dua pemegang permit kerja itu tiba dari Malaysia.

Buang ubat: Kesan jangka masa panjang terhadap alam sekitar
Kaedah pelupusan ubat-ubatan secara tidak tepat boleh mengancam hidupan akuatik.

Petronas kaji setiap aspek keselamatan kompleks petrokimia Pengerang
Loji penapisan minyak di kompleks ini mempunyai rekaan zon penampan yang mengikut standard antarabangsa.