awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS
Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petronas sangkal dakwaan konflik bayaran cukai kepada Sarawak

Bernama
Bernama
26/06/2020
21:22 MYT
Petronas sangkal dakwaan konflik bayaran cukai kepada Sarawak
Syarikat minyak nasional itu berkata ia akan terus komited untuk bekerjasama rapat dengan rakan sejawatnya di Sarawak. Gambar fail/ Astro AWANI
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menyangkal laporan berita bertajuk "Malaysian energy giant's board at odds with prime minister over payment to Sarawak state."
Dalam satu kenyataan, Petronas berkata, dakwaan konflik yang berlaku melibatkan perdana menteri, Petronas dan para pemegang sahamnya hanya laporan spekulatif tanpa asas.
"Petronas sekali lagi ingin mengulangi bahawa sejajar dengan kenyataan bersama yang dikeluarkan pada 8 Mei 2020, Petronas dengan kerjasama pemegang sahamnya kini dalam proses perbincangan dengan kerajaan negeri Sarawak untuk mencapai penyelesaian komersial yang sesuai," katanya dalam kenyataan itu.
Syarikat minyak nasional itu berkata ia akan terus komited untuk bekerjasama rapat dengan rakan sejawatnya di Sarawak dan pihak berkepentingan untuk mencapai hasil terbaik dalam perkara ini.
"Hasrat kami untuk mencapai resolusi yang akan memacu kepada persekitaran perniagaan dan pelaburan yang lebih stabil dan selesa dalam industri minyak dan gas, yang menjadi sangat penting berikutan cabaran pasaran semasa," katanya.
Pada bulan lepas, Petronas dan kerajaan negeri Sarawak dalam kenyataan bersama berkata syarikat gergasi minyak itu telah bersetuju membayar cukai jualan ke atas produk petroleum yang dikenakan oleh Sarawak sebanyak RM2 bilion bagi 2019.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerajaan negeri Sarawak
#konflik
#laporan
#menafikan
#pemegang saham
#percanggahan
#Perdana Menteri
#Petronas
#spekulatif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan