ROMPIN: Meninggalkan keluarga untuk meredah ombak laut menaiki feri sebelum bertukar kepada bot-bot kecil sambil memikul kelengkapan 'mendirikan klinik segera' antara pengorbanan petugas kesihatan dalam menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Pulau Tioman.
Seramai 50 petugas kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Rompin menempuh perjalanan atas air hampir dua jam dalam misi 'menyahut panggilan pulau' berkampung selama seminggu di Pulau Tioman untuk memberi suntikan vaksin jenis Sinovac kepada 1,700 penduduk, bermula 27 Jun lalu.
Bagi Norizan Ab Hamid, 45, seorang Juruterapi Pergigian di Klinik Kesihatan Rompin, tiada apa yang digusarkannya apabila ditugaskan di pulau itu, namun naluri seorang ibu amat tersentuh apabila terpaksa meninggalkan akan bongsunya, Ahmad Muqri Mohd Nofion, 3, yang belum pernah berenggang daripadanya.
Melihat anaknya menangis dalam dukungan suaminya amat memilukan, namun beliau harus kuatkan hati demi tugas yang diamanahkan.
"Sebaik sahaja dimaklumkan perlu ke Pulau Tioman, saya dan suami berbincang tentang keadaan anak-anak. Alhamdulillah suami setuju mengambil cuti selama tiga hari manakala anak sulung yang berusia 18 tahun akan menjaga adik-adiknya, sementara menunggu suami pulang bekerja untuk dua hari lagi.
"Barangan keperluan asas telah siap dibeli dan bersyukur juga anak sulung Nur Auni boleh memasak juadah mudah dan berada di rumah kerana menunggu panggilan melanjutkan pelajaran selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya kepada Bernama semasa ditemui di pusat pemberian vaksin (PPV) Marina Awam Pulau Tioman di sini hari ini.
Norizan yang dikurniakan lima anak, juga bersyukur kerana mempunyai jiran yang baik hati yang memberi jaminan akan 'sama-sama melihat anaknya dan membantu jika diperlukan'.
Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Rompin Dr Zulkifli Harun pula berterima kasih kepada keluarga mentuanya kerana membantu menjaga isteri dan lima anak mereka berusia enam hingga 12 tahun yang menetap di Indera Mahkota, Kuantan sepanjang ketiadaannya.
Zulkifli anak kelahiran Bera menambah, ini merupakan kali pertama mereka berpisah untuk tempoh yang lama kerana walaupun bertugas di Rompin, beliau menempuh perjalanan hampir 300 kilometer setiap hari berulang alik ke Kuantan, melainkan jika ada perkara tidak mengizinkan.
"Sudah pasti saya tidak berfikir dua kali atau memberi alasan apabila menerima arahan tugas kerana ini adalah amanah sebaik sahaja saya memilih menjadi doktor sejak 15 tahun lalu," katanya.
Bagi Pembantu Perawatan Kesihatan Klinik Kesihatan Tanjung Gemok Mohd Imran Abd Jabar, 41, membuat panggilan video setiap malam menjadi kewajipan sejak berkampung di Kampung Tekek, Pulau Tioman bagi menggantikan rutin harian menidurkan anaknya Nuriz Aleeya yang berusia dua tahun.
Mohd Imran, 41, berkata ini merupakan kali pertama beliau berjauhan untuk tempoh lama dengan keluarga kerana sebelum ini, paling lama dirinya dipanggil bertugas ke luar daerah ialah selama tiga hari sekitar enam tahun lalu.
"Saya tahu akan menyertai pasukan ke Pulau Tioman tiga hari sebelum kami berlepas. Walaupun notisnya agak dekat, namun saya tiada masalah kerana ini punca rezeki saya menyara keluarga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 30 2021
Warga emas yang merupakan penduduk tertua di Kampung Salang menerima suntikan vaksin daripada para petugas barisan hadapan di Pulau Tioman. - Foto BERNAMA
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Disember 2024
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
Niaga SPOTLIGHT: The Generational Wealth Revolution – Millennials & Gen Z Redefining Wealth
By 2045, a staggering USD 84 trillion will move from the hands of Baby Boomers to Millennials and Gen Z in a massive generational transfer of wealth.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Kerajaan Syria gantung Perlembagaan, Parlimen tiga bulan
Satu jawatankuasa kehakiman dan hak asasi manusia akan dibentuk untuk mengkaji Perlembagaan dan kemudian memperkenalkan pindaan.
Kerajaan baharu Syria ucap terima kasih kepada negara yang membuka semula misi diplomatik
Lapan negara yang sudah membuka misi diplomatik mereka di Syria ialah Mesir, Iraq, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Bahrain, Oman dan Itali.
Belanjawanku 2024/2025: Panduan perbelanjaan bulanan rakyat, anggaran baharu
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, panduan ini mampu membantu rakyat Malaysia menghadapi cabaran dalam menguruskan perbelanjaan isi rumah, sementara KWSP menyediakan landasan untuk membina simpanan persaraan yang mencukupi.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.