MALAYSIA
Petugas JKR terjatuh bot ditemukan lemas

Mangsa dijumpai lengkap berpakaian kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian oleh orang awam yang menyertai operasi SAR. -Foto IPD Rompin
KUANTAN: Petugas Jabatan Kerja Raya (JKR) di sini yang dilaporkan terjatuh bot sebelum dihanyutkan arus sungai di Kampung Kedaik, Rompin semalam, ditemukan lemas hari ini.
Ringkasan AI
- Petugas JKR, Saharudin Harun, ditemukan lemas selepas terjatuh dari bot dan dihanyutkan arus sungai di Kampung Kedaik, Rompin.
- Mangsa dijumpai lengkap berpakaian kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian oleh orang awam yang menyertai operasi SAR.
- Operasi melibatkan polis, bomba, APM dan ditamatkan selepas mayat dihantar ke Hospital Rompin untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata SAR ditamatkan pada 12 tengah hari dan mayat dihantar ke Hospital Rompin.
Operasi melibatkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bermula selepas laporan kehilangan mangsa diterima 10.20 pagi semalam.
Saharudin dan seorang rakan dilaporkan memancing di kawasan itu, namun mangsa yang duduk di bahagian depan bot terjatuh dan dihanyutkan arus selepas kipas bot itu tersangkut pada pukat semasa mereka dalam perjalanan pulang ke rumah rakit.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami